fbpx
Now Reading
“Amazing Speech!” – Ahli Parlimen Australia Kelahiran Malaysia Dipuji, Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu [Video]

“Amazing Speech!” – Ahli Parlimen Australia Kelahiran Malaysia Dipuji, Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu [Video]

Sam Lim yang merupakan ahli Parti Buruh telah memenangi kerusi Tangney bagi kawasan Australia Barat pada pilihan raya umum di Australia baru-baru ini sekaligus dilantik sebagai ahli parlimen kawasan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/rv2yd1/status/1567401652877131776https://twitter.com/AdukaTaruna1453/status/1567393914264653826

Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Sam Lim mencuri perhatian pengguna media sosial apabila beliau dilihat menggunakan tiga bahasa termasuk Bahasa Melayu sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di sidang Parlimen negara itu pada Selasa, 6 September.

Menerusi satu ciapan yang dikongsikan oleh Pembantu Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Tim Watts, Sam Lim yang merupakan anak kelahiran Muar dilihat menyelitkan ucapan terima kasihnya dalam bahasa Inggeris, Melayu dan juga Mandarin kepada orang ramai yang telah menyokongnya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

“Kepada semua saudara-saudara yang berada di Malaysia, Australia dan seluruh pelosok dunia, terima kasih atas semua perhatian dan berkat yang telah anda sekalian berikan kepada saya.

“Terima kasih juga atas dokongan dan bantuan anda semasa pilihan raya di Australia. Terima kasih semua,” kata ahli politik berusia 61 tahun itu dalam bahasa Melayu sebelum menyambung ucapannya dalam Mandarin.

Menerusi semakan kami, video sama turut dikongsikan Sim Lim di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Saudara-saudari sekalian! Saya dengan rendah diri ingin berkongsi ucapan pertama saya. Saya begitu berbesar hati. Terima kasih,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia yang memuji usaha beliau menggunakan bahasa kebangsaan sebagai tanda bangganya dilahirkan di negara kita.

Sam Lim yang merupakan ahli Parti Buruh telah memenangi kerusi Tangney bagi kawasan Australia Barat pada pilihan raya umum di Australia baru-baru ini sekaligus dilantik sebagai ahli parlimen kawasan berkenaan.

Selain Sim Lim, seorang lagi Ahli Parlimen Australia kelahiran Malaysia, Penny Wong turut memenangi pilihan raya seterusnya dilantik menjadi Menteri Luar Australia pada Mei 2022 yang lalu.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.