fbpx
Now Reading
“Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

“Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

Difahamkan individu terbabit sudah pun meninggalkan rumah sewanya selepas dihalau oleh pengguna TikTok itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah hidup menyewa beramai-ramai, pasti ada sahaja tingkah laku dan kerenah yang perlu kita hadapi setiap hari.

Jika anda bernasib baik dan mempunyai rakan serumah yang pembersih, alamatnya selesalah seisi rumah. Namun bagaimana pula jika bertemankan housemate yang pengotor? Satu sahaja jawapannya, makan hati!

Itulah yang dialami seorang pengguna TikTok, @freeeeeddddddddd sejak menerima seorang rakan serumah yang baharu.

Menerusi video yang dimuat naiknya, dia mendedahkan sikap pemalas lelaki ini apabila membiarkan bilik tidur yang baru didudukinya lebih kurang tiga minggu dalam keadaan bersepah dan begitu berbau.

Malah dia juga bersikap tidak tahu malu apabila mengambil makanan di dalam peti ais milik penghuni lain.

Apa yang lebih mengejutkan apabila dia mendakwa rakan serumahnya itu turut berperangai jijik dengan membuang air kecil di dalam sinki tandas.

“Bilik macam tong sampah. Baru duduk 2-3 minggu bau bilik memang busuk gila. Lepas tu perangai suka kencing dalam singki. Ni aku tampal kat tandas kalau tak setiap pagi hancing dan kuning je singki.

“Lepas tu, semua makanan air apa semua dia main bedal je buka macam dia punya. Bukan sekali dua ya, dah banyak kali kami sabar,” luah Fredddd di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan rakan serumahnya itu juga tidak menjaga kebersihan tandas selepas membuang air besar hingga dia perlu mencucinya semula.

“Lagi satu aku tak mention dia berak terabur. Stress aku pagi-pagi nak cuci,” ktanya lagi.

Nekad halau housemate tersebut

Namun dek kerana tidak tahan dengan perangai jijik rakan serumahnya itu, dia akhirnya membuat keputusan menghalau keluar individu berkenaan.

Menerusi video sama, dia turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu terbabit.

Penyewa dari neraka

@freeeeeddddddddd PENYEWA DARI NERAKA 🤮🤮🤮#tiktokmalaysia #foryourpage #foryou #fypシ #pasrah #reyhan ♬ suara asli – Powerengers bunting – Intan Lembata bunting

Difahamkan individu terbabit sudah pun meninggalkan rumah sewanya selepas dihalau oleh pengguna TikTok itu.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi perkara pengalaman berdepan rakan serumah sebegini. Namun ada yang menyifatkan sikap dan tabiat rakan serumah lelaki ini adalah ‘another level’ dan jarang ditemui di Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.