fbpx

Pernah Popularkan Gaya Rambut Ala ‘Si Pekan’, Ronaldo Mohon Maaf Kepada Ibu-Ibu Di Dunia [Video]

Meskipun menjengkelkan, potongan rambut itu ternyata men­jadi ikutan dan kegilaan segelintir peminat khususnya kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar 20 tahun yang lalu, bekas bintang bola sepak Brazil dan Real Madrid, Ronaldo pernah mencuri perhatian seluruh dunia gara-gara tampil dengan gaya rambut yang pelik dan kelakar sewaktu Piala Dunia 2002 (World Cup 2002).

Meskipun kelihat menjengkelkan, potongan rambut tersebut yang digunakan Ronaldo sepanjang kejohanan tersebut berlangsung ternyata men­jadi kegilaan segelintir peminat khususnya kanak-kanak.

Ia sekaligus mencetuskan trend gaya rambut baharu di seluruh dunia. Malah negara kita juga tidak terkecuali apabila gaya rambut berkenaan kembali popular selepas dahulunya menjadi bahan ejekan dan digelar gaya rambut ala-ala ‘Si Pekan’.

Ikutan ini bagaimanapun kurang disenangi oleh banyak ibu bapa dek kerana stailnya yang begitu pelik.

Apa boleh buat, fesyen sudah mali (mari) bukan?

Gaya rambut unik yang digunakan ‘Si Pekan’ dalam filem Batu Belah Batu Bertangkup. Foto : Astro Prima

Terbaharu, Ronaldo tampil memohon maaf kepada semua ibu bapa di seluruh yang mana anak mereka telah meniru gaya rambutnya yang pelik itu.

Dia yang tampil dalam satu temu bual bersama Good Morning Britain berkata, gaya rambut tersebut turut dibenci oleh ibunya.

Bahkan dia banyak menerima aduan daripada golongan ibu yang kecewa apabila anak mereka meniru gaya rambutnya.

“Ya, ibu saya dan juta lagi ibu di dunia, mereka semua membenci saya.

“Sehingga ke hari ini, apabila saya bertemu dengan sesiapa (ibu bapa) yang mempunyai anak lelaki dengan potongan rambut itu, saya akan minta maaf. Saya sangat menyesal,” kata Ronaldo.

Buat rambut hodoh untuk tutup isu kecederaannya

Ronaldo sebelum ini pernah berkongsi sebab sebenar dia membuat gaya rambut tersebut.

Jelas Ronaldo, bagi mengalihkan fokus orang ramai terhadap kecederaannya kakinya pada waktu itu, dia memilih untuk tampil dengan gaya rambut yang hodoh. Malah tindakannya itu membuatkan dia lebih tenang hingga berjaya membantu Brazil memenangi Piala Dunia.

“Saya waktu itu mengalami kecederaan kaki dan semua orang bercakap tentangnya.

“Saya memutuskan untuk memotong rambut dan melupakan masalah kecil itu. Saya datang ke latihan (selepas memotong rambut) dan semua orang melihat saya dengan gaya rambut yang hodoh.

“Sejak itu, semua orang bercakap tentang rambut saya sehingga mereka terlupa tentang kece­deraan saya. Dari situ, saya rasa lebih tenang dan selesa untuk fokus kepada latihan,” kata Ronaldo lagi kepada hos GMC, Kate Garraway dan Ben She­phard. 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.