fbpx
Now Reading
Ahli DAP Cadang SPR Jadikan Individu Mastautin Luar Negeri Pengundi Pos

Ahli DAP Cadang SPR Jadikan Individu Mastautin Luar Negeri Pengundi Pos

Muhammad Shakir Ameer mencadangkan SPR agar membuka kategori pengundi yang bekerja atau belajar di luar negeri (dalam negara) sebagai pengundi pos bermula PRU15.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Naib Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Muhammad Shakir Ameer mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuka kategori pengundi yang bekerja atau belajar di luar negeri (dalam negara) sebagai pengundi pos bermula pilihanraya umum ke-15 (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ahli DAP Shah Alam itu yang tampil menerusi satu kenyataan media berkata, perkara itu perlu memandangkan terdapat pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di semenanjung Malaysia.

“Dengan pilihan raya berasingan bagi beberapa negeri serta kemungkinan pilihan raya kecil pada masa hadapan, adalah penting bahawa pengundi dari luar negeri kawasan mengundi diberikan peluang untuk mengundi secara pos

“SPR harus faham bahawa kos tiket penerbangan ke Sabah atau Sarawak bukannya murah dan mengambil masa. Kos pengangkutan antara negeri di Semenanjung juga boleh membebankan sesetengah pengundi yang ingin balik mengundi.”

Foto : Malaymail/ Hari Anggara

Peningkatan pengundi naik mendadak ekoran pendaftaran pemilih secara automatik

Jelas beliau lagi, dengan bilangan pengundi yang naik mendadak sebanyak 21 juta sejak pendaftaran secara automatik, tidak mustahil ia akan menjadi beban secara logistik semasa proses pilihan raya nanti.

Bahkan tarikh mengundi yang diadakan pada musim tengkujuh juga boleh menjejaskan kehadiran bilangan pengundi.

Banyak syarikat logis boleh mudahkan SPR unuk urus Undi Pos.

Menerusi kenyataan sama, Shakir turut berpendapat terdapat banyak syarikat logistik yang dapat membantu Pos Malaysia dalam membantu SPR menguruskan undi pos.

“Sekiranya bebanan logistik diuruskan dengan baik, kos pengendalian pilihanraya juga boleh diselaraskan secara berpatutan dan lebih efisien.”

“Pihak SPR harus menjadi pemudahcara untuk memastikan sebanyak mungkin rakyat Malaysia turun mengundi pada PRU 15 nanti jika benar-benar komited dalam mengikut visi dan misi SPR,” kata Ahli Majlis MBSA itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.