fbpx
Now Reading
Sanggup Tipu Sebagai Doktor Demi Dapatkan Gambar Bogel Wanita, Lelaki Malaysia Dipenjara 40 Bulan Di Singapura

Sanggup Tipu Sebagai Doktor Demi Dapatkan Gambar Bogel Wanita, Lelaki Malaysia Dipenjara 40 Bulan Di Singapura

Lelaki tersebut dipercayai menyamar dengan menggunakan nama Dr. Janice Lee Yan Hooi, seorang doktor dari Gleaneagles Medical Singapore demi memperdaya wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara ingin mendapatkan gambar bogel wanita, seorang lelaki warganegara Malaysia sanggup menipu dengan menyamar sebagai doktor wanita di Singapura.

Perbuatan lelaki ini bagaimanapun memakan diri apabila Mahkamah Singapura pada Rabu (26 Oktober) menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atasnya selepas disabitkan bersalah atas tuduhan memperdaya 35 wanita supaya menghantar gambar dan video intim mereka kepadanya.

Menyamar sebagai Dr Lee dari Gleaneagles Medical Singapore

Lelaki yang dikenali sebagai Ooi Chuen Wei berusia 37 tahun itu dipercayai menyamar dengan menggunakan nama Dr. Janice Lee Yan Hooi, seorang doktor dari Gleaneagles Medical Singapore.

Difahamkan Oii juga menggunakan pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan LinkedIn untuk mencari mangsa wanita.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Berjaya kumpul 919 video dan gambar sejak 2018 hingga 2021

Sejak 2018 hingga 2021, Oii telah berjaya mengumpul 919 video dan gambar intim wanita sebelum salah seorang mangsanya berasa curiga dan melaporkan perbuatan jijiknya kepada pihak berkuasa Singapura.

Menurut The Rakyat Post yang memetik The Straits Times, setakat ini tiada lagi maklumat yang diberikan mengenai kehidupan sebenar Ooi.

Modus operandi yang digunakan untuk menipu mangsa

Semasa perbicaraan di mahkamah, Oii didapati telah mencipta halaman Facebook palsu pada akhir tahun 2016 dengan menggunakan gambar rawak seorang wanita Malaysia.

Untuk mengaburi mata orang ramai sebagai satu akaun palsu, Ooi juga menambah rakan wanita dan lelaki di media sosial tersebut.

Selepas memilih mangsa wanita yang berpotensi untuk ditipu, Oii akan menghantar mesej kepada mangsa dengan menawarkan pelan perubatan yang telah diluluskan oleh Pusat Rawatan Gleneagles untuk kesihatan payudara dan seksual termasuk khidmat perundingan secara bulanan.

Dia kemudiannya akan menghantar e-mel kepada mereka dengan arahan terperinci tentang cara mengurut payudara dan kawasan kemaluan mereka serta meminta mangsa merakam dirinya sendiri ketika melakukan urutan itu.

Menurut Oii yang menyamar sebagai Dr Lee, rakaman itu kononnya membolehkan dia mendiagnosis sebarang masalah kesihatan sekaligus dapat mencadangkan pelan rawatan untuk mangsa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.