fbpx
Now Reading
“Pernah Ke Rasa Pengalaman Sakit Beranak?”- Isu Suami Dayus, Ustazah Afifah Bidas Kenyataan Ustaz Azhar Idrus [Video]
Ustazah bidas kenyataan UAI

“Pernah Ke Rasa Pengalaman Sakit Beranak?”- Isu Suami Dayus, Ustazah Afifah Bidas Kenyataan Ustaz Azhar Idrus [Video]

Pendakwah wanita itu turut bertanya adakah Ustaz Azhar Idrus pernah merasai bagaimana rasa alat sulit di rodok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial kisah seorang pendakwah wanita yang menggelar kaum lelaki sebagai dayus sekiranya membenarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.

Perkara itu, telah menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata dlilihat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkannya

Malah, isu itu turut diulas oleh pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjelaskan hukum bagi bidang perubatan bergantung kepada keadaan semasa khususnya jika ia melibatkannya nyawa.

Baca artikel berkaitan: “Kenapa Dayus Pula?” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Suami Benarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki [Video]

Ustazah tular bidas penjelasan UAI

Susulan dari penjelasan tersebut, pendakwah wanita yang dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah itu tampil membidas penjelasan yang dikeluarkan UAI dan menyifatkan isu itu adalah masalah wanita.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @m_hafizek, pendakwah itu berpendapat UAI tidak memahami hukum Allah SWT selain mempersoalkan adakah pendakwah terkenal itu pernah merasai pengalaman perit melahirkan anak seperti wanita lain.

“Pernah ke ustaz duduk merasai pengalaman beranak? Ya ustaz ada isteri tapi pernah ustaz menjadi seorang wanita yang beranak, yang mengandung dalam keadaan itu?” soalnya.

@m_hafizek

Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum

♬ original sound – MR H A F I Z E K – MR H A F I Z E K

Soal apa tindakan yang dilakukan UAI jika doktor pelatih jadikan wanita sebagai bahan uji kaji

Dalam video itu dia turut bertanya apakah tindakan UAI sebagai ulama tatkala mengetahui bahagian sulit wanita menjadi bahan uji kaji kepada doktor pelatih untuk dilihat, diseluk dan sebagainya.

“Apa yang ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah merasa ini adalah tanggungjawab seorang ulama, seorang ustaz benda ini maruah seorang wanita.

“Ini maruah wanita ini, jangan kata kita mudah halal, haram macam orang berkatalah kalau pergi nak usik ahli fiqh. Ahli fiqh akan cakap halal, haram, harus macam tulah kalau usik pada ahli fiqh.”

Apa usaha UAI untuk sampaikan pada kerajaan tentang hal tersebut

Soalnya lagi, apakah usaha dilakukan oleh UAI yang mempunyai pengaruh besar untuk sampaikan kepada kerajaan berhubung wanita yang tidak reda diri mereka dijadikan bahan uji kaji.

“Ustaz tahu tak sakit bawah kena rodok tu macam mana? Tahu tak cara mereka rodok tu macam mana ustaz?

“Bukan sorang, bukan dua orang ustaz kang nanti orang ni masuk, kalau tangan yang bukan muslim yang masuk macam mana ustaz? Tangan lelaki tahu tak macam mana?” katanya lagi dalam video tersebut.

Meninjau di ruangan komen ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh ustazah berkenaan dan menyifatkan tidak semua orang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta.

‘Tak semua orang mampu nak kumpul duit banyak tu untuk bersalin kat swasta macam ustazah’

‘Ya Allah, tak habis lagi ke dia ni’

‘Mengarut dia ni ustazah jenis apa ni’

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.