fbpx
Now Reading
PRU15: Malaysia Jadi Negara Taliban Jika PN Menang, Kata Nga Kor Ming

PRU15: Malaysia Jadi Negara Taliban Jika PN Menang, Kata Nga Kor Ming

Nga pada 2019 pernah mengeluarkan kenyataan Malaysia akan menjadi negara Taliban sekiranya PAS dan UMNO bergabung mengambil alih kerajaan persekutuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menjadi perhatian masyarakat selepas dia memberi amaran Malaysia bakal menjadi seperti Afghanistan yang dipimpin oleh kerajaan Taliban sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan MalaysiaKini, kenyataan dalam bahasa Mandarin itu dikeluarkan Nga bagi memastikan pengundi bukan Islam tidak mengundi PN termasuklah Gerakan yang majoriti ahlinya berbangsa Cina.

Sokongan terhadap gabungan ini dakwanya harus dielakkan bagi mengekalkan kepelbagaian budaya dan kebebasan di Malaysia.

Jelas NGA, polisi PAS yang ‘ekstremis’ dalam hal membabitkan perjudian, arak, konsert dan pengasingan lelaki dan wanita hanya akan mengancam nilai sekular dan kepelbagaian budaya negara.

Dakwa bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu lagi, dasar-dasar ini juga dikhuatiri akan ‘menceroboh’ hak kebebasan orang bukan Islam sekaligus membawa kepada penarikan diri pelabur-pelabur asing hingga boleh memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia, lapor NST pula.

Seolah-olah beri gambaran Malaysia akan hancur jika PN memerintah

Kenyataan ini jika diringkaskan, seolah-olah memberi gambaran ‘Malaysia akan musnah’ sekiranya PN  yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan memerintah, lapor MalaysiaKini lagi.

“PN telah mengumumkan jika gabungan itu menang, calon PAS akan menjadi menteri besar bagi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Apa yang lebih teruk ialah Presiden PAS akan menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Untuk mengelakkan perkara yang tidak tercapai dek akal ini, kita tidak boleh memberikan satu undi pun kepada PN demi mempertahankan kepelbagaian budaya, hak asasi manusia dan kebebasan,” kata Nga.

“To prevent this unimaginable outcome, we cannot give a single vote to PN in order to defend multiculturalism, human rights and freedom,” he added.

Pernah keluar kenyataan sama

Sebagai info, ini merupakan kenyataan kedua yang dikeluarkan Nga dalam isu membabitkan PAS dan juga Taliban.

Nga pada 2019 pernah mengeluarkan kenyataan Malaysia akan menjadi negara Taliban sekiranya PAS dan Umno bergabung mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kenyataan tersebut yang melampau menimbulkan kemarahan PAS Selangor yang mendesaknya untuk membuat permohonan maaf.

Nga bagaimanapun kekal dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.