fbpx
Now Reading
Akibat ‘Upload’ Kertas Undi Di Media Sosial, Lelaki Ini Terima Kecaman [Video]
Tular lelaki bocor kertas undi

Akibat ‘Upload’ Kertas Undi Di Media Sosial, Lelaki Ini Terima Kecaman [Video]

Dalam video tersebut, individu itu turut menunjukkan keadaannya seperti teragak-agak semasa hendak memangkah calon yang ingin dipilih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/afiqdruce/status/1593837794463399936?s=20&t=9AKPuUejdt8TdzR_Q5JgkQ

Umum mengetahui, 19 November merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di mana mereka akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, sejak pagi tadi juga ramai yang sudah mula keluar mengundi untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

Tular aksi individu bocorkan kertas undi

Baru-baru ini, tular satu video di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Afiq, memaparkan aksi seorang individu menunjukkan kertas undinya semasa di sebuah pusat mengundi sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan individu itu menunjukkan senarai nama bagi lima barisan calon di Parlimen P.039 Dungun, Terengganu dalam kertas undi berkenaan.

Malah dalam video terbabit individu berkenaan secara tidak sengaja turut menunjukkan nombor siri pada kertas undiannya itu selain kelihatan teragak-agak semasa membuat pilihan.

Ramai kecam tindakan individu tunjuk kertas undi

Bukan itu sahaja, video yang dimuat naik oleh individu berkenaan turut menarik perhatian netizen yang mengecam tindakannya itu dan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, menerusi tinjauan kami di akaun TikTok milik individu berkenaan video itu sudah diturunkan.

Ramai kongsi sikap pengundi dedah kertas undi

Melihat di ruangan balas, terdapat beberapa pengguna Twitter turut berkongsi segelintir individu yang turut berkongsi kertas undi mereka di media sosial.

Untuk makluman, pengundi tidak dibenarkan untuk mendedahkan undian atau kertas undi di media sosial kerana ia merupakan tindakan yang salah di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 Seksyen 39 – larangan mengenai pendedahan undi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.