fbpx
Now Reading
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz Nafi Buat Program Isi Minyak Percuma
Nafi anjur program isi minyak percuma untuk raikan kemenangan

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz Nafi Buat Program Isi Minyak Percuma

Ustaz Fawwaz dalam masa sama turut meminta agar pihat yang menyebarkan fitnah itu untuk bertakwa dan bertaubat kepada Allah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akhirnya melabuhkan tirai pada 19 November lalu. Namun setakat ini kerajaan masih belum dapat dibentuk disebabkan kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Meskipun ramai gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh parti masing-masing kerana berjaya mendapatkan mandat rakyat, ia bukanlah satu tiket untuk berada dalam keadaan selesa memandangkan kerajaan belum lagi dibentuk secara rasmi.

Tular infografik isi minyak percuma di 3 stesen, Ustaz Fawwaz nafi anjur program rai kemenangan

Baru-baru ini, tular satu infografik yang menyatakan bahawa ahli parlimen Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz Mohamad Jan telah mengadakan program isi minyak secara percuma pada 20 November lalu untuk meraikan kejayaannya yang berjaya memiliki kerusi terbabit semasa PRU15.

Menerusi infografik berkenaan, beliau yang juga dari Perikatan Nasional (PN) dikatakan akan mengadakan anjuran isi minyak tersebut di tiga buah stesen minyak di Kubang Semang, Permatang Pauh, dan juga Bandar Perda.

Susulan dari hal itu, Ustaz Fawwaz menerusi hantaran di Facebook miliknya menafikan perkara berkenaan dan menyatakan pihaknya tidak membuat sebarang anjuran program isi minyak percuma.

“Bukan begini cara menyambut kekalahan dengan membuat fitnah terhadap saya.

“Tidak ada mana-mana arahan atau jadual yang ditetapkan untuk adanya isi minyak percuma, sedangkan kerajaan persekutuan pun masih tidak tahu,” katanya.

Minta pihak terbabit bertakwa dan bertaubat pada Allah SWT

Beliau dalam masa sama turut meminta pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan untuk bertakwa dan bertaubat daripada terus melakukan perkara itu.

“Anak muda tetap akan bersama mereka yang benar! Wahai Allah SWT engkau ampunkan mereka yang membuat fitnah dan mengadu domba ini, berikanlah kesedaran buat mereka Amin,” tulisnya lagi dalam hantaran itu.

Untuk maklumat, Ustaz Fawwaz berjaya memenangi kerusi di Parlimen Permatang Pauh apabila memperoleh sebanyak 37, 638 undian sekaligus menewaskan pencabarnya Nurul Izzah Anwar dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 32,366 undi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.