Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang mengenai penggabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri Perak.
Perkara itu diluahkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi satu hantaran di Facebook.
Apa yang lebih mengejutkan apabila Ka Siong mendakwa mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga tidak pernah diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) melabuhkan tirai.
“Dewan Tertinggi BN diketepikan”
“Maaf Dewan Tertinggi BN tidalkpernah berbincang tentang BN & PH bergabung membentuk Kerajaan Perak. Malahan, selepas PRU15, mesyuarat Dewan Tertinggi BN masih belum lagi diadakan setakat waktu ini.
“Saya sebagai Presiden MCA & Naib Pengerusi Barisan Nasional tidak pernah dirujuk atau dimaklumkan langsung. Entah dari mana keputusan itu dicapai! Dewan Tertinggi BN diketepikan,” luah Ka Siong panjang lebar.
Kenyataan itu dikeluarkan beliau sewaktu mengulas mengenai laporan Malaysia Gazette bahawa Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu selepas mendapat perkenan Sultan Nazrin Shah.
Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu lagi, terkini, Pengerusi DAP Lim Guan Eng pula dilihat menyokong gabungan tersebut demi membentuk kerajaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: PRU15: “Kita Sokong” – DAP Bersama Keputusan PH Untuk Gabung Dengan BN