fbpx
Now Reading
PRU15: Saarani Selesai Angkat Sumpah Sebagai MB Perak

PRU15: Saarani Selesai Angkat Sumpah Sebagai MB Perak

Pengerusi BN Perak yang juga ADUN Kota Tampan itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sekitar jam 5.45 petang tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebentar tadi selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Memetik Bernama, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sekitar jam 5.45 petang tadi.

Pelantikan ini sekaligus mengekalkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang dipegang sejak penggal lalu.

Foto: Bernama

Perkara sama turut dikongsikan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang dari PKR di Facebook miliknya.

Terdahulu Saarani yang mewakili BN bersama Naib Pengerusi DAP Pe­rak, Dr. Abdul Aziz Bari selaku wakil PH telah menyembah maklum kerjasama tersebut kepada Sultan Nazrin.

Kedua-dua mereka memaklumkan kerajaan campuran itu mempunyai majoriti yang cukup iaitu 33 DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri secara sah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.