fbpx
mesin basuh jadi singki

Ramai Kagum Lihat Hasil Kreatif Makcik Ini Ubah Suai Mesin Basuh Lama Jadi Sinki [Video]

Menurut Mak Long selain mesin basuh yang diinovasi menjadi singki dia juga turut menukar atap rumahnya sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah, apabila ada sahaja barang yang sudah rosak atau lama, ramai dari kita akan bertindak untuk membuangnya dan menggantikan dengan barangan yang baharu.

Namun tidak kepada mereka yang gemar mengubah suai sesuatu barang, pasti barangan yang rosak itu akan ditukarkan kepada sesuatu yang berguna atau dibaiki sehingga boleh digunakan kembali.

Ubahsuai mesin basuh lama buat ramai kagum

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @huda_jahar yang memaparkan hasil kreativiti seorang mak cik dalam mengubah suai barang lama sehingga membuatkan ramai kagum.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik yang digelar Mak Long telah mengubah suai sebuah mesin basuh lama menjadi sinki.

@huda_jahar

Inovasi mesin basuh terpakai #salute #maklong #inovasi #terbaik rumah maklong ni hampir setiap tahun kena banjir. #rajin #bersih #kemas

♬ original sound – Huda858 – Huda858

Selain mesin basuh Mak Long turut menukar atap rumahnya sendiri

Dalam video itu, Mak Long yang berusia 70 tahun turut meletakkan jaring pada dua lubang mesin tersebut di mana sebelah kiri dijadikan sebagai tempat membasuh manakala di sebelah kanan sebagai tempat pengering.

Dia turut menyatakan bahawa atap rumahnya juga ditukar sendiri oleh Mak Long.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang teruja melihat hasil kreativiti Mak Long dan menyatakan wanita warga emas itu mempunyai idea yang bagus dan kuat.

Ada juga segelintir darinya yang berkongsi ibu bapa mereka turut menggunakan mesin basuh yang sudah rosak sebagai tempat menyimpan barang dan pasu untuk menanam pokok.

‘Terbaiklah Mak Long cerdas otak dia untuk DIY’

‘Wow hebat’

‘Good idea dan seorang yang kuat ya’

‘Terbaiklah Mak Long’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.