Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bakat nyanyian merupakan satu anugerah yang diberikan kepada seseorang, namun tidak semua mempunyai peluang dan rezeki untuk mengembangkan bakat mereka ke industri seni.
Oleh itu, dengan adanya platform digital seperti media sosial ia secara tidak langsung dapat membantu mereka yang berbakat ini untuk tampil mempersembahkan nyanyian dan karya kepada orang ramai.
Rider promosi lagu dengan cara tampal nota pada beg
Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter dikongsikan oleh @syvzwvn yang menunjukkan seorang rider Foodpanda sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Namun apa yang menjadi perhatian, apabila terdapat nota pada beg penghantaran milik rider berkenaan yang disifatkan kreatif apabila meminta orang ramai untuk mendengar lagu barunya.
“Hi guys (kamu orang), boleh tolong support lagu baru saya ‘Amuthavalli’ (nama seorang perempuan) di YouTube,” tulisnya.
Muzik video lagu baru miliki 57K tontonan di Youtube
Melihat muzik video rider yang dikenali sebagai RMC Prethip itu, lagu tersebut telah dimuat naik pada 16 Disember tahun lalu dan mendapat hampir 57,729 tontonan dan 17,000 tanda suka di platform berkenaan.
Melihat di ruangan balas, ramai yang kagum dengan muzik video rider berkenaan selain turut menyatakan ia comel.