fbpx
Now Reading
Berang Isu Gaji, Bekas Cef Lepaskan ‘Bom Lipas’ Di Dapur Restoran
Bom lipas

Berang Isu Gaji, Bekas Cef Lepaskan ‘Bom Lipas’ Di Dapur Restoran

Perkara itu dilakukan oleh cef berkenaan bukan hanya menyebabkan kewangan syarikat terjejas tetapi turut membuatkan bekas rakan sekerjanya tertekan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang cef di London telah bertindak menggunakan ‘bom lipas’ selepas berang dengan tempat kerja lamanya disebabkan masalah pembayaran gaji sehingga membuatkan pekerja di restoran berkenaan tertekan.

Memetik laporan Daily Star, cef yang dikenali sebagai Tony William, 25, pada awalnya mempunyai perselisihan faham dengan pemilik sebuah pub Royal William IV di Lincoln, England. Dia kemudian mengancam restoran itu untuk melepaskan haiwan perosak berkenaan dalam kuantiti yang banyak.

Masuk ke bahagian dapur untuk lepaskan ‘bom lipas’

Pendakwa Raya David Eager memaklumkan kepada mahkamah bahawa William telah memasuki dapur dan melepaskan bom yang penuh dengan serangga tersebut sehingga menyebabkan pekerja di restoran berkenaan tertekan dengan situasi itu.

“Dia memasuki premis itu dan melepaskan beberapa lipas. Ia adalah spesis lipas yang digunakan untuk diberi makan kepada ular dan tarantula,” katanya.

Kakitangan di pub tersebut dengan segera menghubungi pihak Kesihatan Persekitaran dan perkidmatan kawalan haiwan perosak selain pub itu terpaksa ditutup.

Insiden bukan hanya jejaskan kewangan syarikat tetapi pekerja

Di dalam kenyataan pemilik pub itu ketika dibaca oleh Eager, insiden yang berlaku di premis berkenaan telah menjejaskan ‘pekerja dan keluarga’.

“Kesannya terhadap kakitangan dan keluarga adalah besar. Ia bukan hanya kepada kewangan syarikat, tetapi kepada seluruh pasukan Royal William khususnya kepada kru di bahagian dapur, yang kecewa dengan apa yang telah berlaku.

“Mereka tertekan bahawa seseorang yang pernah bekerja bersama sanggup melakukan perkara tersebut.”

Kenyataan itu turut mendakwa pekerja yang mempunyai anak-anak adalah yang paling terkesan kerana mereka terpaksa pulang lewat kerana perlu membersih dan membuang lipas tersebut.

Tidak hadir ke mahkamah ketika kes dibicarakan

William yang sepatutnya dibicarakan pada 21 November tahun lalu bagaimanapun tidak memunculkan dirinya, namun dia kemudian mengemukakan pengakuan bersalah pada 28 November dan mengatakan telah membuat satu keputusan yang teruk kerana tidak muncul di mahkamah,” lapor Metro.

William yang dituduh dengan empat kesalahan kemudian dimaklumkan bahawa tindakannya itu adalah tidak matang meskipun sudah berumur 25 tahun.

Hakim Catarina Sjolin Knight kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 17 bulan, yang tertangguh selama dua tahun terhadapnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.