fbpx
Now Reading
Kes Keganasan Domestik Di Amerika Syarikat Melonjak Lebih 350% Dalam Tempoh 8 Tahun

Kes Keganasan Domestik Di Amerika Syarikat Melonjak Lebih 350% Dalam Tempoh 8 Tahun

Mengikut statistik DHS, 35% daripada 231 kes keganasan domestik yang berlaku antara tahun 2010 dan 2021 adalah berkaitan motif perkauman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laporan Pejabat Akauntabiliti Kerajaan (GAO) menunjukan bilangan kes keganasan domestik di Amerika Syarikat (AS) melonjak tinggi iaitu 357% sepanjang tahun 2013 hingga 2021 sekaligus memaparkan insiden keganasan semakin berleluasa di negara itu.

Menurut Kosmo yang memetik RT, keganasan domestik AS secara asasnya ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang membahayakan kehidupan masyarakat yang bertujuan untuk memaksa penduduk awam serta mempengaruhi atau menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Bilangan kes keganasan domestik meningkat kepada 9,049 menjelang 2021

Menjelang 2021, bilangan kes yang diklasifikasikan sebagai keganasan domestik dan dibuka kertas siasatan oleh Biro Penyiasat Persekutuan (FBI) meningkat kepada 9,049 kes daripada 1,981 kes pada 2013.

Bilangan kes yang dibuka kertas siasatan sebenarnya menurun sebanyak 23% dalam jangka waktu tiga tahun pertama tempoh tersebut, namun ia kemudiannya meningkat lebih 490% antara 2016 dan 2021.

Jumlah plot pengganas yang disyaki akan berlaku juga melonjak hampir tiga kali ganda iaitu daripada 81 plot pada 2014 kepada 456 plot pada 2021.

35% daripada 231 kes keganasan domestik berkaitan motif perkauman di Amerika Syarikat

Sementara itu, berdasarkan statistik Pejabat Analisis dan Perisikan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) pula, ia menunjukan hanya 231 kes keganasan berlaku antara tahun 2010 dan 2021 dengan 35% daripadanya berkaitan motif perkauman selain 32% lagi berpunca dari semangat antikerajaan, lapor GAO.

Lebih membimbangkan, insiden-insiden keganasan itu menyebabkan peningkatan dalam angka kematian.

FBI dan DHS perlu bekerjasama, cegah lebih banyak serangan pengganas

Susulan itu, GAO menggesa FBI dan DHS mencari jalan untuk bekerjasama agar dapat mencegah lebih banyak serangan pengganas di AS.

Difahamkan, laporan itu mendesak kerjasama lebih erat  antara kedua-dua agensi penguatkuasaan undang-undang terbabit meskipun keduannya menggunakan cara berbeza untuk menjejaki kegiatan jenayah itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.