fbpx
presiden indonesia jokowi

Ramai Rakyat Indonesia Ke Malaysia Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan, Kata Presiden Indonesia

Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo lebih 1 juta rakyatnya ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati oleh pelancong luar negara. Ini secara tidak langsung boleh membantu untuk menjana ekonomi negara.

Namun pelancongan juga turut terbahagi kepada beberapa sektor yang membuatkan pelancong dari luar datang ke negara ini seperti sukan, pendidikan dan juga kesihatan.

Malah sistem teknologi kesihatan di negara ini yang semakin maju membuatkan ramai pelancong dari negara luar ingin mendapatkan rawatan di Malaysia.

2 juta rakyat di Indonesia dapatkan rawatan di luar negara setiap tahun

Terbaharu Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan hampir dua juta rakyat di negara Republik itu mendapatkan rawatan di luar negara pada setiap tahun termasuk ke Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan oleh presiden dari negara seberang menerusi ciapannya di Twitter.

“Lebih 1 juta ke Malaysia, 750,000 ke Singapura, ada yang Jepun, Amerika Syarikat, Jerman dan juga lain-lain,” tulisnya.

Alami kerugian hampir RM48.20 Juta

Jelas beliau disebabkan perkara itu, Indonesia turut mengalami kerugian bernilai RP165 trilion (RM48.20 juta) disebabkan modal yang keluar.

“Kerana itulah, pemerintahan mendukung penuh pembangunan hospital bertaraf antarabangsa. Seperti hari ini, saya merasmikan Mayapada Hospital Bandung yang menggunakan tema hijau.

“Kehadiran hospital yang moden dapat mengurangkan jumlah penduduk dari keluar negara untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Rawatan di Malaysia lebih murah

Melihat di ruangan balas, ramai yang berpendapat rawatan di Malaysia berkualiti serta harga yang berpatutan.

“Ibu bapa saya selalu mendapatkan rawatan di Kuching, Sarawak daripada Pontianak, Indonesia. Kenapa ya harga lebih murah, layanan bagus, doktor berkualiti, dan paling penting banyak sembuh dan sudah dibuktikan termasuk saya sendiri sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di sana,” kata Toddy, pengguna twitter.

“Jiran saya, anaknya lutut tercedera dan perlu dibedah. Akhirnya bedah di Malaysia kerana di sana lebih murah.”

“Harga lebih murah dan layanan jauh lebih baik. Mak saya didiagnose penyakit pernafasan berat di rumah sakit Indonesia. Ubat diberi tak sembuh-sembuh. Saya suruh berubat ke Penang. Doktor kata mak saya baik-baik sahaja, cuma kalau tertekan acid akan naik dan mempengaruhi pernafasan.”

“Dari testimoni di tweet ini dapat disimpulkan lebih baik pergi ke Melaka, Penang dan Singapura kerana memang lebih meyakinkan.”

“Tahun 2019 pernah ke Penang. Apabila sampai di sana, iklan di bandaraya tentang kesihatan. Jadi mereka memang menjadikan perubatan sebagai hal paling penting, selain pendidikan dan tempat menghabiskan masa tua.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.