fbpx
Now Reading
‘Santai’ Berbuka Dalam Jentera Selepas Dapat Panggilan Kecemasan 2 Minit Sebelum Azan, Abang Bomba Raih Pujian [Video]

‘Santai’ Berbuka Dalam Jentera Selepas Dapat Panggilan Kecemasan 2 Minit Sebelum Azan, Abang Bomba Raih Pujian [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1640927880879431680?

Bergelar seorang anggota bomba bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Ini kerana mereka perlu sentiasa siap siaga tanpa mengira waktu dalam membantu masyarakat yang dalam kecemasan.

Baru-baru ini, tular di Twitter video sepasukan anggota bomba yang terpaksa berbuka di dalam jentera selepas menerima satu tugasan kecemasan.

Anggota bomba tunggu waktu berbuka puasa

Menerusi perkongsian di laman Twitter @jnmalaysia, kelihatan para anggota Bomba sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama hidangan yang telah tersedia di atas meja di dalam sebuah balai bomba.

Bagaimanapun, ketika 2 minit sebelum masuknya waktu berbuka, lonceng kecemasan dikatakan berbunyi menyebabkan semua anggota terpaksa bergerak ke lokasi kejadian dengan segera.

“Tengah standby untuk berbuka, loceng kecemasan berbunyi. Angkut je (minuman) dalam jentera, apa ada hal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bawa balang air naik jentera untuk berbuka puasa

Dalam video sama, mereka dilihat membawa sekali balang air dipercayai air soya ke dalam jentera Bomba untuk berbuka puasa.

Walaupun harus bertugas di waktu sebegitu, kumpulan anggota bomba itu dilihat tetap mengukir senyuman dan ikhlas melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Kebanyakkan netizen puji dan panjatkan doa

Video berdurasi 26 saat itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan pantas anggota bomba terbabit.

Tidak hanya itu, netizen juga mendoakan agar segala urusan anggota bomba terbabit sentiasa dimudahkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.