fbpx
Now Reading
“Ada 11 Pakar Di Sana..” – Isu Letak Ular Dekat Dengan Kucing, Ini Penjelasan Aaron Aziz – [Video]

“Ada 11 Pakar Di Sana..” – Isu Letak Ular Dekat Dengan Kucing, Ini Penjelasan Aaron Aziz – [Video]

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) sebelum ini menggesa Aaron Aziz agar lebih peka dan sensitif atas perbuatannya terhadap kucing tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menjadi bualan ramai selepas tular tangkap layar memperlihatkan dia membelai dan meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar yang berisi beberapa ekor kucing.

Tindakan tersebut menyebabkan aktor kelahiran Singapura itu dikecam hebat di mana rata-rata menyifatkan ia boleh memberi trauma terhadap kucing tersebut.

Isu ini turut menarik perhatian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) yang menggesa Aaron agar lebih peka dan sensitif terhadap perbuatannya itu.

Menerusi Instagram, Animal Malaysia menjelaskan tindakan itu boleh menyebabkan kucing yang berada di dalam sangkar itu menjadi ketakutan melampau kerana ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

“Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan,” kata kenyataan tersebut.

Tambah Animal Malaysia, negara kita mempunyai beberapa undang-undang antaranya di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi melindungi haiwan domestik dan Akta Pemulihan Hidupan Liar yang menggariskan syarat-syarat pemilikan haiwan liar seperti ular sawa.

“Kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan haiwan sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.”

Sehubungan itu Animal Malaysia meminta Aaron agar lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial miliknya sekiranya melibatkan haiwan domestik dan haiwan liar.

 

Baca artikel berkaitan: “Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka

Ia hanyalah lakonan

Sedar dengan isu yang timbul, Aaron akhirnya tampil menerusi satu video di Instagram menjelaskan isu tersebut.

Menurut Aaron, tindakan memegang ular sawa itu hanyalah sekadar lakonan, malah ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran sewaktu babak terbabit dirakamkan.

“Sebelum buat babak itu, saya ini selaku pencinta kucing sudah awal-awal maklumkan agar tidak meletakkan ular di situ jika ada simptom tertekan terhadap kucing.

“Ada 11 orang pakar di sana untuk menjaga. Jangan buat fitnah. Ia hanyalah sekadar lakonan sahaja,” kata Aaron.

‘Saya sayangkan kucing, tidak akan lakukan perbuatan sebegitu”- Aaron

Tambah pelakon itu lagi, dia juga mememelihara kucing di rumah, justeru sama sekali tidak akan tergamak untuk melihat haiwan itu melalui kesan trauma apabila berada dekat dengan haiwan pemangsa seperti ular.

“Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya sayangkan kucing. Saya tidak akan melakukan perbuatan sebegitu terhadap kucing. Lagipun yang terlibat dalam penggambaran itu bukan orang-orang yang zalim.

“Sebelum melakukan penggambaran, kami telah jalankan ujian dahulu. Tiada langsung bunyi ular yang boleh memberi kesan kepada kucing,” jelasnya.

Tegas Aaron lagi, dia sedia menerima kecaman namun berharap tiada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Kata Aaron, dia terbuka dengan kecaman netizen namun tidak mahu kata-kata dilemparkan kepadanya menimbulkan fitnah.

“Kalau nak kecam silakan, nak sekat sekali pun silakan. Tetapi janganlah buat fitnah,” ujarnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.