fbpx
Now Reading
“Kasih Sayang Tak Boleh Dijual Beli” – Johan & Ozlynn Ke Ireland Beri Kejutan Pada Anak Buat Ramai Sebak [Video]

“Kasih Sayang Tak Boleh Dijual Beli” – Johan & Ozlynn Ke Ireland Beri Kejutan Pada Anak Buat Ramai Sebak [Video]

Johan dan Ozlynn terpaksa menggunakan helah dengan memberi tahu Ariq bahawa rakan mereka ingin bertemu remaja terbabit sebelum kejutan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa, harta yang paling bernilai bagi mereka pastinya anak-anak yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Setiap ibu bapa juga sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak yang disayangi mendapat keselesaan dan kegembiraan.

Johan dan Ozlynn ke Ireland untuk beri kejutan pada anak sulung

Begitulah yang dilakukan oleh pasangan selebriti Johan dan Ozlynn apabila sanggup menempuh berjam-jam penerbangan ke Dublin, Ireland demi memberi kejutan pada anak sulung mereka, Ahmad Ariq Hanania.

Ariq berada Dublin sejak dua tahun yang lalu kerana menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Doktor, Anak Sulung Johan & Ozlynn Lanjut Pelajaran ke Ireland

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram @jozlynnhanania, pasangan terbabit berkongsi momen melakukan kejutan buat anak sulung mereka itu.

Johan dan isterinya terpaksa berbohong bagi mengelak kejutan mereka diketahui dengan mengatakan rakan mereka akan bertemu Ariq untuk menghantar sesuatu memandangkan remaja terbabit tidak tahu akan kehadiran ibu bapanya.

“Selagi ada kita hargailah pinjaman paling berharga daripadaNya. Kejutan untuk abang Ariq menjadi. Papa, mama dan adik-adik Hanania sayang kamu,” tulisnya di kapsyen.

Ariq terus peluk Johan dan Ozlynn dalam keadaan sebak

Sebaik ternampak ibu bapanya, Ariq yang terkejut dan berasa gembira lantas memeluk Johan dan Ozlynn sebelum keadaan berubah menjadi sebak.

Apatah lagi sebelum ini Ariq terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana dan tanpa keluarga tersayang di sisi.

Pengguna Instagram termasuk rakan selebriti turut berasa sebak

Memindai ruangan komen, tidak hanya netizen, malah rakan selebriti juga turut sebak melihat perkongsian video tersebut.

Untuk info, Johan dan Ozlynn sering memuat naik video rutin harian mereka bersama anak-anak di laman media sosial.

Selain Ariq, pasangan ini juga dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.