fbpx
Now Reading
Wanita Di India Menang Pilihan Raya Dua Minggu Selepas Meninggal Dunia
wanita meninggal dunia menang pilihan raya di India

Wanita Di India Menang Pilihan Raya Dua Minggu Selepas Meninggal Dunia

Menurut salah seorang pengundi sikap mudah mesra Ashiya Bi membuatkan orang ramai tidak mahu memungkiri janji untuk beri sokongan kepadanya meskipun sudah meninggal dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di India berjaya memenangi pilihanraya meskipun sudah meninggal dunia sebelum hari mengundi berlangsung.

Memetik laporan India Times, wanita yang dikenali sebagai Ashiya Bi itu mahu membawa kebahagian kepada penduduk di Hasanpur, Amroha, Uttar Pradesh.

Diberi kepercayaan oleh orang ramai kerana personaliti yang baik

Oleh itu, ramai penyokong yang mempercayainya memandangkan dia mempunyai personaliti yang baik.

Malah penyokong wanita ini juga sanggup mengundi dirinya walaupun dia telah meninggal dunia dua minggu sebelum hari mengundi berlangsung.

Alami masalah jangkitan akut paru-paru dan abdomen

Calon pilihan raya itu dilaporkan mengalami masalah jangkitan akut paru-paru dan abdomen sebelum disahkan meninggal dunia pada 20 April yang lalu.

Terdapat lebih daripada 30 kawasan mengundi di Hasanpur Nagar Palika dan Ashiya telah menjadi calon bagi kawasan bernombor 17 di perbandaran itu yang terdiri lebih daripada 2,000 undian.

Putuskan untuk ceburi politik dan bantu rakyat

Suami kepada Ashiya, Muntajeeb Ahmad memaklumkan kawasan bernombor 17 itu dikhaskan untuk kaum wanita.

“Walaupun dia tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini, dia memutuskan untuk menceburi bidang politik dan berkhidmat kepada rakyat.

“Dia mendekati mereka dan memenangi hati dengan sikap tenangnya.

“Sedihnya dia meninggal semasa rawatan dan tidak dapat memenuhi impiannya. Tetapi ramai masih mengundinya. Keputusan pilihan raya turut menunjukkan bukti cinta mereka kepada Ashiya.”

Sikap mudah mesra buat penyokong tak mahu mungkir janji

Seorang penduduk iaitu Mohammad Zakir menyatakan Ashiya mudah mesra dan membuatkan orang ramai tidak mahu memungkiri janji untuk memberi sokongan terhadapnya.

“Ashiya mengadakan mesyuarat di kawasan kami untuk membincangkan pencalonannya. Kesederhanaannya mencipta kesan yang menarik, di mana ia adalah sebab orang ramai menyokong wanita itu.

“Ia adalah satu kejutan besar untuk kami apabila kami mendengar berita tragis mengenai kematiannya. Dia tiada lagi namun tetap diingati dengan sikap peramah kepada orang lain. Pengundi adalah penghormatan kepadanya,” kata Arif yang juga pengundi.

Difahamkan pilihanraya bagi kawasan tersebut akan diadakan sekali lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.