fbpx
Now Reading
Aksi Gadis Berpakaian Seksi & ‘Catwalk’ di Kota Bharu,Kelantan Undang Perhatian Ramai [Video]

Aksi Gadis Berpakaian Seksi & ‘Catwalk’ di Kota Bharu,Kelantan Undang Perhatian Ramai [Video]

Tindakan gadis ini mencuri perhatian kerana Kelantan mempunyai undang-undang berkaitan pakaian yang tidak sopan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada keunikan budaya dan makanan, Kelantan juga turut diberi gelaran sebagai Serambi Mekah sinonim dengan identiti pentadbiran Islam di bawah kerajaan negeri.

Namun, tindakan seorang gadis mencuri perhatian kerana disifatkan seolah-olah mencemar nama gelaran negeri tersebut dengan membuat video catwalk sambil berpakaian mencolok mata.

Berpakaian Seksi & Catwalk Sekitar Tempat Menarik Di Kelantan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Fadzil pada 6 Jun lalu, kelihatan seorang gadis mengenakan pakaian seksi sambil berjalan ala model atau ‘Catwalk’ di sekitar ibu negeri, Kota Bharu.

Hantaran yang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen itu dipercayai dirakam pada tengah malam atau awal pagi di sekitar tempat menarik di Kota Bahru, Kelantan antaranya di Dataran Rehal dan Taman Hijau.

Video yang telah mendapat tontonan lebih 130 ribu dan 290 perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata warganet marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan gadis tersebut yang seolah-olah menghina dan memberi imej yang negatif kepada negeri itu.

Malah, ramai menyifatkan pakaiannya langsung tidak sesuai digayakan disana sebaliknya lebih mencerminkan identiti orang kebanyakan di Lembah Klang.

Berikut antara komen netizen:

Jangan Dok Buat Fitnah, Kelantan Negeri Islam

Kota Bharu Ni Kak, Bukan KL Nak Jalan Cat Walk Dengan Pakaian Macam Tu

Dia Ingat Dia Cantik Kot

Perbuatan Tidak Sopan Di Kelantan Boleh Kena Denda & Penjara

Untuk info, berdasarkan Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, mana-mana umat islam yang ditangkap sengaja berkelakuan tidak sopan dan tidak berpakaian menutup aurat boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Foto: FB Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: “Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat” – Akim Ahmad Jawab Isu Baju Seksi Stacy Anam

Baca Artikel Berkaitan: Penganjur Kedah Fashion Week 2022 Mohon Maaf, Dedah ‘Wanita’ Pakai Seksi Bukan Model Hanya Tetamu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.