fbpx
Now Reading
“Siapa Tiru Siapa Ni?” – Gelagat Diva AA Bertemu Diva BB Buat Ramai Terhibur, Suara Dah Lah Sama [Video]

“Siapa Tiru Siapa Ni?” – Gelagat Diva AA Bertemu Diva BB Buat Ramai Terhibur, Suara Dah Lah Sama [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Diva BB itu dapat meniru suara dan gaya sama seperti Azwan Ali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selebriti terkenal, Azwan Ali sememangnya dikenali ramai, malah kelantangannya dalam menyuarakan sesuatu isu juga sering mendapat perhatian di media sosial.

Kebanyakan orang juga terhibur melihat gelagat pengacara sensasi yang turut dikenali sebagai Diva AA ini meskipun ada segelintir pengguna media sosial tidak menyenangi dengan perwatakan cakap lepas beliau.

TikTokers pandai tiru gaya dan suara Diva AA

Tidak hanya itu, seorang lelaki yang juga TikTokers turut tular apabila berjaya meniru gaya suara dan perwatakan seperti Diva AA.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Suara Sebijik!” – Guna Nama Diva BB, Lelaki Tiru Cara Diva AA Cakap Siap Gaya Tangan Buat Netizen Terhibur

Lelaki yang menggunakan nama sebagai Diva BB di akaun TikTok miliknya itu dilihat sering meniru cara percakapan Diva AA sehingga mendapat perhatian bekas pengacara rancangan Lagu Cinta Kita itu.

Galagat Diva AA bertemu Diva BB raih perhatian ramai

Baru-baru ini, tular pula video di media sosial gelagat mereka berdua yang bertemu sekaligus meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @amiruddin87_ , kelihatan Diva AA dan lelaki terbabit seakan sedang bertengkar di bahu jalan dengan kedua-duanya menggunakan suara yang sama.

“Hang ingat hang top, hang kata dekat aku lahanat. Mana hang punya selendang? Ada hati nak tiru aku. Viral kan video ini, Diva AA datang serang dia pandai-pandai parody aku,” kata Diva AA.

Keadaan seperti sedang bertengkar hanyalah lakonan dan gurauan

Bagaimanapun, perbualan mereka yang dilihat seakan sedang bertengkar itu hanyalah lakonan dan gurauan semata-mata.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mrs.iela pula, kelihatan Diva AA dan Diva BB sedang berjalan sambil berbual menuju ke sebuah kedai makan di Pulau Pinang.

@mrs.iela

Replying to @esam disebalik tabir 🤣 diorang dah lama rancang, kita yg lalai bang 😂😂😂 @DIVA BB @Diva AA Tersohor #fypシ #divaAA #divaBB #durianbalikpulau #durianbalikpulau_routep14 #duriananjungindahbalikpulau

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Video Diva AA bertemu Diva BB buat ramai terhibur

Memindai ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial berasa terhibur melihat gelagat kedua-dua individu terbabit selain berseloroh tidak dapat membezakan yang mana satu Diva AA sebenar.

Pada masa sama, mereka turut mengatakan Diva AA dan Diva BB itu seakan adik beradik kembar kerana mempunyai suara yang sama.

Malah mereka turut menyifatkan Azwan Ali sebenarnya seorang yang peramah dan mempunyai hati yang baik tidak seperti apa yang dipaparkan di dalam media sosial sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.