fbpx
Now Reading
‘Kau Genius Dik’ – Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Salah Arah Ketika Lumba Lari Cuit Hati Penonton [Video]

‘Kau Genius Dik’ – Gelagat Kanak-Kanak Lelaki Salah Arah Ketika Lumba Lari Cuit Hati Penonton [Video]

Tindakan kanak-kanak dari kumpulan biru yang berlari melawan arus kemudiannya mengelirukan pelari dari kumpulan lain hingga semua mengikutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari sukan atau sukaneka dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim atau mewujudkan semangat kesukanan dalam sebuah organisasi.

Lazimnya, hari sukan ini tidak hanya terhad dianjurkan khusus untuk orang dewasa, malah ia turut dilaksanakan di peringkat pra sekolah.

Pelbagai ragam dan perangai yang dapat dilihat semasa acara sukaneka berlangsung. Rata-rata individu yang terlibat pasti akan bersungguh-sungguh untuk memastikan pasukannya memperolehi kemenangan.

Guna Taktik Kelirukan Pihak Lawan Sebelum Menang Acara Lumba Lari

Namun, lain pula dengan keletah seorang kanak-kanak lelaki ini. Tindakannya berlari melawan arus dalam pertandingan lumba lari menyebabkan pihak lawan terkeliru. Malah, semua pelari bertindak mengikut jejaknya.

Menerusi video di akaun Tik Tok @peeksbymin, kelihatan beberapa kanak-kanak sedang menyertai satu acara lumba lari.

Kanak-kanak yang terdiri daripada empat pasukan iaitu kumpulan merah, biru dan dua kumpulan kuning sedang berlumba lari menuju ke garisan penamat.

Namun, kanak-kanak dari kumpulan biru yang berada pada kedudukan terakhir mengelirukan pihak lawan apabila dia berlari melawan arus sebaik menerima baton daripada rakan sepasukannya.

Tindakannya itu menyebabkan kanak-kanak daripada pasukan lain keliru dan turut mengikut jejaknya apabila membuat pusingan semula secara tiba-tiba sebelum menghampiri garisan penamat.

Namun, kanak-kanak dari kumpulan biru itu sekali lagi membuat ‘u-turn’ ke arah garisan penamat mengikut laluan asal dan akhirnya dia berjaya meninggalkan peserta-peserta lain.

Meskipun video tidak menunjukkan dia berjaya melepasi garisan penamat namun kenyataan pada video seolah-olah bermaksud dia telah memperolehi kemenangan itu.

“Bila kau dah last, tapi masih mampu memperdayakan lawan dan menang,” kenyataan tulis pada video itu.

Keletah kanak-kanak lelaki itu nyata mencuit hati warganet yang menonton video berkenaan. Rata-ratanya memuji tindakannya yang berjaya mengaburi pihak lawan.

Malah, ada yang menganggap kanak-kanak itu genius kerana menggunakan taktik untuk memperolehi kemenangan walaupun pada ketika itu dia berada di kedudukan terakhir.

Berikut antara komen warganet;

Kalau Nak Berjaya, Jangan Toleh Ke Belakang, Teruskan Ikut Tujuan Kita

Sampai Depan Diorang Dengar Patah Balik, Patah Balik Habis Semua Patah Balik

Rezeki Namanya Ni

Ini Dinamakan Strategi, Biru Lama Dah Rancangkan

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geli Hati Lihat Aksi Peserta Lumba Lari Pecut Laju Selepas Kena Kejar Anjing [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Disangka Anjing, Netizen Tertipu Anak Kambing Bermain Lumba Lari Dengan Sekumpulan Lelaki

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.