fbpx
Now Reading
Guru Di Sabah Kongsi Hanya Seorang Sahaja Murid Dalam Kelas [Video]

Guru Di Sabah Kongsi Hanya Seorang Sahaja Murid Dalam Kelas [Video]

Melalui perkongsian tersebut, guru berkenaan menyatakan sekolah tersebut merupakan sekolah eko pelancongan di Sabah yang hanya mempunyai 11 orang pelajar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menerusi laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dianggarkan hampir 2 juta pelajar sekolah rendah direkodkan di negara ini.

Oleh kerana bilangan murid yang ramai, kebanyakan guru di Malaysia lazimnya mempunyai sekitar 30 hingga 40 orang murid dalam sebuah kelas.

Namun, berbeza dengan seorang guru di pedalaman Sabah yang hanya mempunyai seorang murid dalam kelasnya.

Ajar Seorang Murid Dalam Satu Kelas

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang guru menerusi akaun TikTok @_orkedofficial, beliau dikatakan hanya mempunyai seorang murid sahaja.

Video yang telah mendapat lebih 300 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet kerana kebiasaannya, seorang guru perlu mengajar sehingga 40 orang murid dalam satu kelas.

Malah, apa yang menarik perhatian adalah tindakan guru berkenaan yang hanya mengajar murid itu di sebuah pondok di tepi sungai.

Sekolah Ada 11 Orang Pelajar, Merupakan Sekolah Eko Pelancongan Sabah

Melalui perkongsian tersebut, guru berkenaan turut menyatakan sekolah itu merupakan sebuah sekolah eko pelancongan di Sabah yang hanya mempunyai keseluruhan 11 orang pelajar.

Menerusi ruang kapsyen, beliau menganggap pengalaman mengajar seorang murid dalam satu-satu kelas ibarat mengajar di sekolah swasta.

Malah, dia juga turut mengajak orang ramai terutamanya guru-guru untuk sama-sama memasuki sekolah pedalaman.

Apa Itu Sekolah Eko Pelancongan?

Untuk info, sekolah eko pelancongan merupakan sekolah yang terletak di kawasan pelancongan di Sabah.

Lazimnya, sekolah ini terletak di kawasan pedalaman dan tempat yang menjadi tumpuan dan tarikan pelancong.

Malah, kurikulumnya juga adalah sedikit berbeza dengan sekolah biasa apabila elemen tambahan seperti pelancongan turut diterapkan dalam kurikulum ini.

Sekolah eko pelancongan juga merupakan sebagai satu destinasi tarikan kepada pelancong yang berminat untuk merasai dan melihat pengalaman bersekolah di luar bandar.

@_orkedofficiall Macam private school pula kann.. Pelik tapi benar. Jom masuk pedalaman 😅😅 #sekolahekopelancongan#sabah#fyp ♬ original sound – _orkedofficial

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan guru yang sanggup mengajar di kawasan pedalaman walaupun hanya seorang murid sahaja di dalam kelas.

Malah, rata-ratanya menganggap mengajar seorang murid merupakan satu kelebihan kerana ia memudahkan guru untuk fokus kepada satu pelajar sahaja.

Ini Kalau Muridnya Fokus, Cikgunya Mantap, InsyaAllah Berjaya Awak Adik

Confirm Paling Cemerlang Murid Ini, Cuma Tiada Kawan La Dia

Wah Seronoknya! Tapi Bila Anak Murid Tak Datang Sunyi, Cikgu Tak Tahu Nak Buat Apa

All The Best Cikgu, Terima Kasih Kerana Sanggup Terima Cabaran Menjadi Guru Di Sana

Baca Artikel Berkaitan: Demi Tarik Minat Murid Ke Sekolah, Cikgu Di Pedalaman Sanggup Jadi Spiderman

Baca Artikel Berkaitan: Kawasan Pedalaman Tiada Coverage, Cikgu Sekolah Gigih Naik Perahu Hantar Homework

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.