fbpx
Now Reading
Naluri Seorang Ibu, Pembaca Berita Gagal Tahan Sebak Ketika Ulas Budak 4 Tahun Maut Dilanggar SUV [Video]

Naluri Seorang Ibu, Pembaca Berita Gagal Tahan Sebak Ketika Ulas Budak 4 Tahun Maut Dilanggar SUV [Video]

Menurut pembaca berita yang dikenali sebagai Norintan Ezreena itu, dia tersentuh berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang turut mempunyai anak berusia empat tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (24 Julai), kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Petaling Jaya, Selangor.

Kemalangan menyayat hati itu telah tular di media sosial selain mendapat liputan daripada banyak media serta agensi berita tempatan termasuk Buletin 1.30 TV3.

Pembaca berita sebak ketika siaran langsung

Namun ketika bersiaran secara langsung semalam, seorang pembaca berita Buletin 1.30 gagal menahan sebak sewaktu menyampaikan laporan berita mengenai insiden itu.

Pembaca berita wanita yang dikenali sebagai Norintan Ezreena Amir Hamzah itu tidak dapat mengawal kesedihannya apabila menitiskan air mata ketika siaran langsung di hadapan televisyen.

Tersentuh kerana naluri seorang ibu yang mempunyai anak seusia mangsa

Menerusi perkongsian di laman Instagram akaun @kool101my, Norintan berkata dia tersentuh berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang turut mempunyai anak berusia empat tahun.

“Ketika saya menyampaikan berita kanak-kanak itu, saya terfikirkan anak saya yang juga berusia empat tahun. Ketika itu naluri saya sebagai seorang ibu tiba-tiba tersentuh.

“Ini bukan kali pertama saya sebak. Sebelum ini pun ada juga berita yang berkaitan dengan anak kecil, warga emas yang menyedihkan membuatkan air mata saya mengalir. Itu normal sebagai seorang manusia,” katanya.

Perlu lebih profesional ketika menyampaikan berita

Walau bagaimanapun, Norintan berkata dia tetap perlu menjadi lebih profesional ketika menyampaikan berita.

“Saya perlu lebih profesional ketika menyampaikan tugasan.”

Pembaca Berita Buletin 1.30 TV3, Norintan Ezreena

Netizen turut sedih melihat pembaca berita itu sebak

Tidak hanya beliau, kebanyakan orang yang menonton sedutan perkongsian berita terbabit turut sedih melihat pembaca berita berkenaan sebak ketika mengulas mengenai kemalangan tersebut.

Kanak-kanak lelaki maut dilanggar SUV ketika melintas jalan

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dilanggar sebuah SUV jenis Nissan X-Trail ketika melintas jalan di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 5.30 petang kelmarin (23 Julai).

“Ketika pemandu kenderaan berkenaan melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya lagi, pemandu terbabit telah ditahan untuk siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, lapor Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.