fbpx
Now Reading
Budak Lelaki Tindih Ular Tedung Berjaya Diselamatkan Oleh Bomba [Video]

Budak Lelaki Tindih Ular Tedung Berjaya Diselamatkan Oleh Bomba [Video]

Menurut Sayani, hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan dan dia telah selamat dipulangkan kepada pengasuhnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak lelaki sedang berbaring sambil menonton televisyen.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kelihatan haiwan berbisa yang dipercayai ular tedung berada di bawah badan kanak-kanak berkenaan.

Kedatangan haiwan berbisa itu disedari oleh pengasuh kanak-kanak itu apabila dia mendapati ular berwarna hitam sedang bergerak-gerak di bawah punggung kanak-kanak itu.

Ekoran daripada kejadian itu, pengasuh kanak-kanak terbabit bertindak menelefon bomba bagi mendapatkan bantuan.

Malah, semasa menunggu ketibaan pasukan penyelamat, pengasuh tersebut bertindak memujuk mangsa yang berusia empat tahun untuk tidak bergerak.

@ummu_miqdad91

Allah pelihara budak ni..Allah berkuasa, makhluk tak Ada kuasa ..Ular YG berbisa tak mampu BG mudarat Tanpa izin Allah .. #ularsenduk#ularmasukrumah #allahberkuasamakhluktiadakuasa #fypシ゚viral #foryoupage❤️❤️ #trending #trendingtiktok

♬ original sound – Nora_Fisza – Nora_Fisza

Ular Tedung Sepanjang 0.4 Meter, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon, insiden berlaku di sebuah rumah di Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak pada Isnin yang lalu (24 Julai).

Jelasnya ketika kejadian, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.28 pagi berhubung penemuan seekor ular tedung.

“Semasa tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter.

“Anggota bertindak menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat mangsa,” kata beliau yang dipetik daripada Sinar Harian.

Menurut Sayani, hasil pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan dan dia telah selamat dipulangkan kepada pengasuhnya.

“Ular terbabit kemudiannya dilepas semula ke habitat asalnya yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Terdahulu, tular tangkap layar komen yang dikeluarkan oleh seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak tersebut.

Menurut wanita itu, anaknya selamat dan ular tersebut adalah dari jenis ular senduk dan bukan ular mainan seperti yang disangka oleh sesetengah orang.

Baca Artikel Berkaitan: Meremang! Jumpa Ular Tedung & Puluhan Anaknya Dalam Kotak Speaker [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Niat Nak Pancing Ikan, Sekali Ular Tedung Melekat Kat Joran [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.