Reaksi Pelanggan Sentiasa Tersenyum Sementara Tunggu Enoki Goreng Siap, Sentuh Hati Penjual [Video]
Sewaktu lelaki berkenaan tiba di gerainya pada ketika itu, menu kegemaran pelanggan tersebut belum disiapkan lagi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam dunia perniagaan, pastinya banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi. Selain daripada risiko menghadapi kerugian, berhadapan dengan pelanggan juga menjadi salah satu cabaran yang perlu ditempuhi.
Jika bernasib baik, peniaga akan berjumpa dengan kesemua pelanggan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Malah, dalam dunia perniagaan, antara prinsip yang sering dipegang adalah ‘customer is always right’.
Buat peniaga, pembelian dari pelanggan merupakan sumber utama rezeki. Oleh sebab itu, kebanyakan peniaga sangat menghargai pelanggan yang hadir terutama jika pelanggan itu merupakan pelanggan setia.
Rasa Serba-Salah Buat Pelanggan Tetap Tunggu Lama
Begitu juga yang dihadapi oleh seorang peniaga cendawan goreng apabila dia terpaksa membuat pelanggan setianya menunggu lebih lama sebelum menu yang dipesan siap.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @gadiscendawangoreng, apa yang menarik perhatian adalah tingkah laku pelanggan setia itu yang tanpa henti tersenyum ketika membeli cendawan goreng.
Menurut penjual yang dikenali sebagai Mijah, pelanggan lelaki itu merupakan pelanggan setia dan sering membeli cendawan jenis enoki goreng daripada gerainya.
Namun, sewaktu lelaki berkenaan tiba di gerainya pada ketika itu, menu kegemaran pelanggan tersebut belum disiapkan lagi.
“Saya cakap dengan dia guna isyarat tangan je, ‘saya tak goreng lagi boleh tunggu ke?’,” tulis gadis itu di video berkenaan.
Pelanggan berkenaan sambil tersenyum turut dilihat membalas dengan menggunakan isyarat tangan juga.
Melihat reaksi pelanggan yang terpaksa menunggu lama membuatkan gadis berkenaan berasa serba-salah dan segera menyiapkan menu tersebut.
“Saya rasa serba-salah gila-gila sebab pakcik ni ulang-alik tunggu enoki siap, lama tau. Waktu ini saya buat selaju mungkin sebab tidak mahu pelanggan tunggu lama,” tulisnya menerusi video berkenaan.
Namun, setelah menu tersebut siap, kelihatan pelanggan itu segera datang semula ke gerainya sambil tersenyum dan membuat pesanan walaupun telah menunggu lebih lama.
Bagi Mijah, pelanggan ini sangat istimewa walaupun mempunyai kekurangan dari sisi lain. Pun begitu, dia tidak menjelaskan lebih lanjut apakah definisi kekurangan yang dimaksudkan.
“Air muka pakcik ini sejuk, walaupun ada kekurangan dari sisi lain, tapi dia sangat murah senyuman,” tulis gadis itu lagi.
Malah, ketika gadis itu tersilap memulangkan baki, pelanggan itu masih lagi tersenyum walaupun sebelum itu terpaksa menunggu lama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan tindakan dan reaksi yang diberikan oleh pak cik itu.
Malah, ada yang mendoakan kesejahteraan serta memohon dikurniakan kesabaran seperti pelanggan gadis itu.
Pak Cik Ini Guna Bahasa Isyarat
Pak Cik Boleh Jadi Contoh Yang Sangat Baik
Senyum Jaa Pak Cik Ini Kan? Seronok Tengok
Doakan Saya Dapat Jadi Sesabar Pakcik Bila Makanan Belum Sampai
Baca Artikel Berkaitan: Restoran ‘Sponsor’ Hidangan & Kek Selepas Tahu Pelanggan Tak Cukup Duit Sambut Birthday Anak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Allah Bayar ‘Cash’! Rider Tak Sangka Dapat Tips RM50 Dari Pelanggan Selepas Bantu OKU Betulkan Rantai Basikal [Video]