fbpx
Now Reading
Telatah Monyet Tunggu ‘Line Clear’ Sebelum Curi Makanan Buat Ramai Terhibur [Video]

Telatah Monyet Tunggu ‘Line Clear’ Sebelum Curi Makanan Buat Ramai Terhibur [Video]

Apa yang mencuit hati, tindakan monyet itu berjalan dalam keadaan perlahan sambil memerhati keadaan di sekeliling seperti tidak mahu perbuatannya itu diketahui oleh tuan rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kawasan perumahan yang dikelilingi kehijauan alam pastinya lebih menenangkan jika dibandingkan dengan rumah yang berada di tengah bandaraya.

Meskipun ia lebih menenangkan tanpa mendengar bunyi kenderaan mahupun motosikal, tetapi masih ada risiko lain yang harus dihadapi seperti gangguan serangga mahupun binatang-binatang liar.

Tular rakaman CCTV telatah monyet curi makanan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial telatah dua ekor monyet yang mencuri makanan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan rumah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @brolantodak, kelihatan seorang rider masuk di kawasan hadapan perkarangan rumah tersebut untuk meletakkan makanan pelanggannya di atas meja.

Namun sebaik rider terbabit beredar, muncul seekor monyet sedang berjalan menuju ke arah bungkusan makanan yang sebelum ini diletakkan di atas meja berkenaan.

Monyet tengok sekeliling sebelum mencuri

Apa yang mencuit hati, tindakan monyet itu berjalan dalam keadaan perlahan sambil memerhati keadaan di sekeliling seperti tidak mahu perbuatannya itu diketahui oleh tuan rumah.

Setibanya di atas meja terbabit, monyet tersebut mengoyakkan bungkusan plastik itu dan mengambil salah satu bekas makanan yang ada.

Dalam pada itu, turut kelihatan seekor lagi monyet datang dan mengambil keseluruhan bungkusan makanan tersebut.

Patutlah asyik hilang, pencuri akhirnya tertangkap CCTV

@brolantodak

Hati2 yer guys. Klu jumpa mana2 tolong pegang dulu. 😓 #todak #brolantodak

♬ original sound – Lan Todak – Lan Todak

Ramai sangka abang rider pencuri, rupanya monyet

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah monyet terbabit.

Tidak hanya itu, mereka juga berasa bersalah kerana memikirkan bahawa rider di awal video itu sebagai pencuri kerana tindakannya melihat sekeliling sebelum meletakkan makanan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Monyet Di Zoo California Secara Tak Sengaja Buat Panggilan Kecemasan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.