fbpx
Now Reading
Aksi Mat Motor Angkat Motosikal Lintas Divider, Undang Perhatian Netizen [Video]

Aksi Mat Motor Angkat Motosikal Lintas Divider, Undang Perhatian Netizen [Video]

Difahamkan, mereka yang dipercayai peserta acara Himpunan Yamaha RXZ 5.0 bertindak demikian kerana mahu mengelakkan diri daripada sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila bercakap mengenai motosikal, kebanyakan individu menjadikannya sebagai kenderaan yang memudahkan aktiviti harian untuk sampai ke destinasi.

Namun, ada segelintir pengguna motosikal terutamanya mat motor yang obses dengan kenderaan ini hingga sanggup menghabiskan duit semata-mata bagi tujuan pengubahsuaian. Mengubahsuai itu tidak salah jika mengikut peraturan yang ditetapkan.

Apa yang menjadi kesalahan adalah modifikasi yang dilakukan tidak mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Inilah antara punca yang menyebabkan kebanyakan daripada mereka bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya selain daripada tidak mempunyai lesen kenderaan.

Angkat Motor Lintas Pembahagi Jalan, Elak Sekatan Jalan Raya

Semalam (10 September), tular di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal sanggup mengangkat kenderaan itu melintasi pembahagi jalan (divider) semata-mata mahu lari daripada sekatan jalan raya (SJR).

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @13rosesproduction, kelihatan sekumpulan lelaki dilihat saling bantu-membantu antara satu sama lain mengangkat motosikal melangkaui pembahagi jalan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Gambang.

Difahamkan, mereka bertindak demikian kerana mahu mengelakkan diri daripada sekatan jalan raya yng diadakan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Pulang ke kampung halaman selepas RXZ Members 5.0,” tulis pemilik akaun itu menerusi ruangan kapsyen.

@13rosesproduction Pulang ke kampung halaman selepas RXZ Members 5.0! . . . #rxz_members_official #rxzstilltheboss #rxzmembersxelfbar #EBmalaysia #Mate500 #Lowit12000 #13RosesProduction ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏 – 🇮🇩 𝐄𝐯𝐚𝐧 🦏

Malah, video itu turut dikongsikan di akaun Facebook Triple Z Motorparts.

“R&R Gambang tengah rancak ‘berperang’, tak complete (lengkap) cari la laluan alternatif lain atau balik pada masa yang selamat,” tulis pengendali akaun Facebook berkenaan menerusi ruangan kapsyen.

Memetik daripada Kosmo, mereka merupakan sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Yamaha RXZ 5.0 pada 9 hingga 10 September di Gong Badak, Terengganu.

RNR GAMBANG tengah rancak berperang….. tak complete cari la laluan alternatif lain atau baliklah pada masa yang selamat….tak sanggup tengok kengkawan lari sana sini angkat motor membahayakan diri cross wrong way….utamakan keselamatan….. Kredit 📽 Fikri Tiger #RiderMalaysia

Posted by Triple Z Motorparts on Saturday, 9 September 2023

Tindakan kumpulan ini nyata mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada warganet mengecam perbuatan mereka yang sanggup membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Namun, ada juga yang berasa kasihan kepada mereka kerana diberikan layanan seperti itu.

Alahai Kesian Laa Tengok Geng-Geng RXZ

Hobi Kami Mahal, Jumpa Roadblock Lari

Terbaik JPJ & Polis

Tu Laa, Orang Nak Main Motor, Kau Nak Main Motor,Tapi Tak Lengkap

Kesian, Semoga Dipermudahkan

Kesianlah Dekat Depa Ni

Untuk info, Himpunan Yamaha RXZ 5.0 telah diadakan pada 9 hingga 10 September 2023 di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan, lebih 100 motosikal peserta program ini telah ditahan polis dalam Operasi Bersepadu yang diadakan sejak Khamis lalu.

Antara kesalahan yang dikesan adalah tidak mempunyai lesen memandu, ubah suai kenderaan dan motosikal yang tidak dipasang dengan brek.

Tambah beliau, operasi ini dijalankan ekoran daripada aduan yang diterima daripada orang awam berikutan tindakan segelintir mereka yang menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba sehingga menimbulkan suasana bingit dan tidak selesa kepada penduduk.

Baca Artikel Berkaitan: “Nombor Plat Paling Kecil Di Dunia” – Mat Motor Guna Plat Fancy Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Jaga-jaga! Nombor Plat Kabur & Fancy Adalah Satu Kesalahan, Pemilik Boleh Didenda Sehingga RM3,000

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.