Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
RapidKL pada 7 September lalu, telah memperkenalkan koc wanita bagi MRT laluan Kajang kerana prihatin terhadap golongan itu yang sering menjadi mangsa gangguan seksual dan sebagainya.
Menurut RapidKL, operasi ini dilakukan secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada 17 September lalu.
Meskipun koc ini mempunyai pelekat yang menunjukkan khas untuk wanita sahaja, tetapi masih ada segelintir lelaki yang berada pada bahagian tersebut.
Penghantar makanan halau lelaki warga asing daripada duduk di koc wanita
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penghantar makanan menghalau beberapa lelaki dipercayai warga asing yang duduk di koc wanita.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jai.samud, kelihatan penghantar makanan itu mengarahkan lelaki-lelaki berkenaan untuk bergerak ke koc campur.
“(Abang) Food Panda sangat prihatin, dihalaunya lelaki yang duduk tempat gadis-gadis,” tulisnya di dalam video.
Lelaki warga asing seolah tak faham pelekat, masih ingin duduk di koc wanita
Kelihatan lelaki dipercayai warga asing itu seolah tidak menyedari atau memahami maksud pelekat yang tertera tulisan ‘koc wanita sahaja’ itu apabila masih ada yang ingin duduk semula dalam kawasan yang sama.
Tidak hanya itu, mereka juga seolah tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan menghalau mereka.
“Bahagian ini untuk wanita sahaja,” kata penghantar makanan terbabit.
Netizen puji tindakan penghantar makanan halau lelaki di koc wanita
Memindai ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial memuji tindakan penghantar makanan terbabit kerana menghalau lelaki-lelaki berkenaan daripada duduk di koc yang hanya dikhususkan untuk golongan kaum hawa.
Malah mereka turut mengecam lelaki-lelaki berkenaan kerana tidak peka terhadap pelekat yang tertera tulisan ‘koc wanita sahaja’.