
Insiden Tembakan Thailand: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat, Remaja 14 Tahun Ditahan
Dia dipercayai cuba melarikan diri ke hotel berhampiran selepas kejadian namun pihak polis telah mengepung hotel berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (3 Oktober), media sosial digemparkan dengan video insiden tembakan rambang yang dipercayai berlaku di Siam Paragon Mall Bangkok, Thailand kira-kira jam 4.50 petang.
Menerusi video yang tular itu, kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan dan pengunjung di pusat membeli belah bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri.
Dalam kejadian tersebut, tiga individu maut dan empat cedera akibat terkena tembakan rambang itu.
ฟังเสียงปืนนะคะ ยิงกันในห้างจนออกมาข้างนอกวิ่งแทบจะทับกันเพราะไม่รู้เลยเดินไปทางไหนกันบ้าง #พารากอน pic.twitter.com/hfmzwYYCBn
— หน่องเจน (@janejanejuta) October 3, 2023
คือเกิดไรขึ้นอะไร #พารากอน pic.twitter.com/lN15oxGa68
— D.weii_ (@Dweii_ii) October 3, 2023
Suspek Utama Berusia 14 Tahun Ditahan
Susulan daripada kejadian ini, suspek berusia 14 tahun telah ditahan oleh polis tempatan. Dia menyerah diri kepada pihak polis kira-kira jam 5.10 petang.
Difahamkan Unit Tindakan Khas polis Thailand berusaha mengesan remaja itu sebelum tangkapan dibuat terhadapnya.
Selepas insiden terbabit, dia dipercayai cuba melarikan diri ke hotel berhampiran namun pihak polis telah mengepung hotel berkenaan.
ฺ#BREAKING: Gunfire heard in Siam Paragon mall
— The Nation Thailand (@Thenationth) October 3, 2023
A shooting incident has been reported at Siam Paragan department store in downtown Bangkok on Tuesday afternoon. There are no reports of any casualties. BTS Siam station has been closed to the public.
ฺ #พารากอน #Paragon pic.twitter.com/y7sMwHRR1p
Tiada Rakyat Malaysia Terlibat
Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.
Malah, Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dikatakan saling berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan.
Menerusi kenyataan tersebut juga, KLN turut meminta orang ramai yang memerlukan bantuan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.
Kedutaan Besar Bangkok
- Alamat: Kronos Sathorn Tower, Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak Bangkok 10500
- Nombor Telefon: +66-2230-5720, +66-2340-5731/5732 (hal-hal konsular), +66-87-028-4659 (untuk kecemasan)
- Nombor Faks: +66-2340-5721
- Emel: mwbangkok@kln.gov.my
[TERKINI] – SIARAN AKHBAR : INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG DI SIAM PARAGON MALL BANGKOK, THAILAND #WismaPutra #MalaysiaMADANI #ThailandPosted by Wisma Putra on Tuesday, 3 October 2023
Baca Artikel Berkaitan: Remaja 18 Tahun Tembak Mati 19 Pelajar & 2 Guru Di Sebuah Sekolah Rendah Di Texas
Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Berdarah Ketika Perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, 6 Maut & 24 Cedera [Video]