fbpx
Now Reading
“Tarik Diri Sebab Nak Beri Laluan Pada Yang Shaking” – Kenyataan Kak Lina Di IG Raih Perhatian Ramai

“Tarik Diri Sebab Nak Beri Laluan Pada Yang Shaking” – Kenyataan Kak Lina Di IG Raih Perhatian Ramai

Bagaimanapun, Kak Lina tidak mendedahkan kepada siapa luahan ‘pedas’ itu yang ditujukan olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi penggemar program All Stars Gegar Vaganza, pasti mengetahui selebriti terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom telah menarik diri daripada menjadi pengacara rancangan tersebut.

Penarikan diri Kak Lina secara tiba-tiba disebabkan isu peribadi itu ternyata telah mengejutkan ramai pihak.

Luahan hati Kak Lina di IG Story undang perhatian ramai

Pun begitu, terkini tular pula perkongsian luahan hati Kak Lina di Instagram Story miliknya terhadap seseorang sehingga mendapat perhatian ramai.

Menurut Kak Lina, dia telah melepaskan satu tanggungjawab yang dipikul sebelum ini untuk memberi laluan kepada seseorang yang didakwa gentar untuk membuat kerja dengan lebih selesa.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang yang ‘shaking’ buat kerja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki, Allah dah susun baik-baik untuk kita semua,” tulisnya.

Kak Lina tidak ingin bercerita tentang hal tersebut, namun terpaksa

Menurutnya Kak Lina lagi, dia mendakwa telah sedaya upaya untuk tidak membuka cerita tentang hal tersebut, namun individu berkenaan yang seolah-olah memaksa dirinya untuk mengulas mengenai perkara terbabit.

Malah Kak Lina juga dilihat seolah-olah menujukan kenyataan itu kepada seseorang yang dikatakan sering menghukum orang lain untuk menampakkan dirinya baik.

“Kita dah elok-elok senyap. ‘member’ pula mengeliat nak kita cakap benda busuk bangkai ini. Dunia, dunia.

“Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin serlah kelucuan ini,” tulisnya lagi.

Kak Lina nasihat individu berkenaan untuk turunkan perasan sombong

Dalam pada itu, Kak Lina turut menasihati individu berkenaan untuk menurunkan perasaan sombong kerana berfikir terlalu hebat.

“Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat bagi turun sikit dik. Ingat asal usul,” luah Kak Lina.

Bagaimanapun, Kak Lina tidak mendedahkan kepada siapa luahan ‘pedas’ itu yang ditujukan olehnya.

Terdahulu, Kak Lina telah berganding sebagai hos All Stars Gegar Vaganza bersama-sama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad serta Jihan Muse.

Namun, penarikan diri Kak Lina dalam program tersebut menyebabkan GV kembali menggunakan format asal iaitu diacarakan oleh dua hos.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.