fbpx
Now Reading
Monyet Di Bali Curi Telefon Pelancong Untuk ‘Nego’ Tukar Dengan Makanan [Video]

Monyet Di Bali Curi Telefon Pelancong Untuk ‘Nego’ Tukar Dengan Makanan [Video]

Lebih mencuit hati, wanita tersebut terpaksa memberi dua biji buah yang ada di dalam bagnya untuk monyet tersebut melepaskan semula telefon pintar yang dicuri itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkataan ‘negotiate’ (rundingan) kebiasaanya didengari dalam proses jual beli sesuatu barang di antara penjual dan pembeli.

Secara asasnya, sistem rundingan ini hanya untuk mencapai kata sepakat di antara dua belah pihak sebelum menukar hak milik sesuatu barang itu.

Monyet di Bali runding dapatkan makanan dengan curi telefon pelancong

Pun begitu, siapa sangka seekor monyet di Bali, Indonesia juga menggunakan sistem rundingan ini dengan cara mencuri telefon pintar milik pelancong untuk mendapatkan makanan sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran di laman Instagram @balitopholiday, kelihatan seekor monyet sedang duduk di atas tembok sambil memegang telefon.

Dalam video sama, kelihatan pelancong yang juga dipercayai pemilik telefon berkenaan ingin memberi sesuatu kepada monyet tersebut namun ditolak.

Monyet terima makanan dulu baru nak lepaskan telefon pelancong

Tidak lama selepas itu, pelancong wanita terbabit menawarkan makanan pula pada haiwan terbabit sebelum monyet itu kelihatan dengan rakus mengambilnya.

Lebih mencuit hati, wanita tersebut terpaksa memberi dua biji buah yang ada di dalam bagnya untuk monyet tersebut melepaskan semula telefon pintar yang dicuri itu.

Netizen terhibur lihat gelagat monyet berunding

Memindai ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat monyet terbabit melakukan rundingan untuk mendapatkan makanan.

Malah segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang kehilangan telefon angkara dicuri monyet.

Tidak hanya itu, ada juga pengguna Instagram yang mendakwa monyet terbabit telah diajar untuk berbuat demikian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.