fbpx
Now Reading
Elon Musk Pertimbang ‘Buang’ Aplikasi X Di Eropah

Elon Musk Pertimbang ‘Buang’ Aplikasi X Di Eropah

Ia susulan daripada kelulusan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi platform internet di wilayah itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan teknologi pada masa kini sememangnya menyenangkan individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Contohnya platform media sosial yang sangat membantu memudahkan seseorang untuk berhubung antara satu sama lain dengan pantas walaupun berbeza lokasi dan masa.

Antara media sosial yang sinonim dengan masyarakat di seluruh dunia adalah Facebook, TikTok, Instagram dan Twitter (X).

Namun, penggunaan platform ini adalah berbeza di setiap negara dan ia bergantung kepada undang-undang dan akta yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Elon Musk Umum Mahu Bawa Keluar Aplikasi X Dari Eropah

Terbaharu, pemilik platform media sosial X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter Elon Musk, bercadang mahu membawa keluar aplikasi itu daripada negara Eropah.

Ia susulan daripada peraturan baru yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) bagi platform internet di wilayah tersebut.

Menurut sumber, Elon dikatakan telah mengadakan perbincangan bagi mengeluarkan aplikasi itu serta menghalang pengguna daripada Kesatuan Eropah dari menggunakannya.

Pada Ogos yang lalu, EU telah meluluskan Akta Perkhidmatan Digital (DSA). Akta itu telah menetapkan peraturan berkaitan penyebaran kandungan berbahaya, larangan serta mengehadkan amalan yang mensasarkan kepada pengguna tertentu.

Malah, undang-undang tersebut turut melarang perkongsian data bersama pihak tertentu seperti pihak berkuasa dan penyelidik.

Walau bagaimanapun, Reuters masih lagi menunggu jawapan daripada pihak X berhubung perkara ini.

Terdahulu, Ketua Perindustrian EU Thierry Breton pada 10 Oktober telah meminta Musk menangani isu penularan ‘maklumat palsu’ di aplikasi X susulan konflik di Palestin.

Tindakan itu kononnya bagi mematuhi peraturan kandungan dalam talian EU yang baharu namun permintaan ditolak oleh Musk yang menganggap ia sebagai usaha barat dalam mengawal penyebaran maklumat mengenai konflik Israel-Palestin.

Tegas Breton, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa platform itu dijadikan tempat penyebaran kandungan haram dan maklumat salah mengenai konflik Israel-Palestin di EU.

Namun, Musk menyatakan pendirian bahawa syarikatnya berpegang teguh kepada pendirian menyediakan sumber berita terbuka lagi telus.

Baca Artikel Berkaitan: Tambah Pelaburan Di Malaysia, PM Anwar Bakal Jumpa Elon Musk Minggu Depan

Baca Artikel Berkaitan: Pecat Semua Lembaga Pengarah Twitter, Elon Musk Kini Pengarah Tunggal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.