fbpx
Now Reading
“Kita Tak Tahu Apa Yang Dia Lalui” – Lelaki Terjun Jambatan, Tarik Perhatian Netizen [Video]

“Kita Tak Tahu Apa Yang Dia Lalui” – Lelaki Terjun Jambatan, Tarik Perhatian Netizen [Video]

Kejadian dipercayai berlaku di Jambatan Kuap di Kuching-Samarahan Expressway kira-kira jam 10.38 pagi semalam (31 Oktober).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari berhadapan dengan masalah atau konflik sepanjang melayari kehidupan seharian.

Ia sudah menjadi lumrah dalam kehidupan dan tiada seorang pun di antara kita yang pernah hidup tanpa masalah atau tekanan.

Ada masalah yang boleh dihadapi dan diselesaikan namun ada juga yang boleh menyebabkan segelintir individu tertekan serta hilang pertimbangan hingga sanggup mengambil jalan yang singkat bagi menyelesaikannya.

Lelaki Terus Terjun Jambatan Lepas Keluar Dari Kereta

Terbaharu, tular di Twitter rakaman video dashcam memperlihatkan seorang lelaki terjun dari sebuah jambatan selepas keluar dari sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

Pada mulanya, kelihatan kereta tersebut berhenti di tepi jambatan dan dia dilihat keluar daripada kenderaan itu.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah tindakannya yang spontan terus terjun dari jambatan tersebut.

Ekoran dari kejadian itu, beberapa buah kereta dilihat berhenti di tepi jalan bagi memberi bantuan.

Mangsa Selamat Selepas Terjun Jambatan

Memetik laporan daripada Utusan Borneo, lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an selamat dalam insiden tersebut selepas video itu tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Jambatan Kuap di Kuching-Samarahan Expressway kira-kira jam 10.38 pagi semalam (31 Oktober).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 11.19 pagi namun mangsa tiada lagi di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan telah dibawa balik oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan pihak bomba. 

“Maklumat mangsa tidak dapat diperolehi. Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, unit EMRS bertolak balik ke balai,” katanya.

Video Tarik Perhatian Netizen

Video yang tular di media sosial itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terkejut dengan tindakan lelaki itu yang dilihat tidak berfikir panjang melakukan perbuatan tersebut.

Namun, ada juga yang bersimpati dengan mangsa dan meminta netizen lain tidak menjatuhkan hukum ke atasnya kerana berkemungkinan dia sedang menghadapi masalah yang besar.

Semoga Segala Urusan & Ujian Brader Ni Dipermudahkan

Kesian, Kita Kadang-Kadang Cakap Macam-Macam, Tak Jadi Dekat Keluarga Atau Diri Sendiri

Wahai Lelaki, Ada Masalah Cerita Je Dekat Mana-Mana Geng Lelaki

Harap Abang Ni Dapatkan Bantuan Kaunseling & Psikiatri

Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 4 Remaja Di Malaysia Alami Kemurungan – Menteri Kesihatan

Baca Artikel Berkaitan: Pasca Covid-19: Semakin Ramai Alami Kesihatan Mental

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.