fbpx

“I Cakap Dengan Kawan I, You Handsome” – Pemuda Ditolak Hanya Kerana Muka Berjerawat [Video]

Azfar yang bekerja sebagai juruteknik menjelaskan video berkenaan bukanlah bahan atau content (kandungan) semata-mata.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan hidup. Lazimnya, sikap dan tingkah laku menjadi antara kriteria utama yang dilihat oleh kebanyakan individu.

Namun, ada juga segelintir yang menjadikan paras rupa sebagai kriteria pertama yang dinilai sebelum seseorang itu dijadikan pasangan.

Sudah pastilah pemilihan kriteria ini boleh mengundang rasa kecewa sekiranya apa yang digambarkan tidak menjadi kenyataan terutama buat mereka yang berkenalan melalui media sosial.

Pemuda Ditolak Gara-Gara Muka Berjerawat Pada Pertemuan Pertama

Baru-baru ini, tular video seorang pemuda yang ditolak oleh teman wanita pada pertemuan pertama mereka hanya kerana wajahnya yang berjerawat.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya @azfarzenn, kedengaran gadis berkenaan mengeluarkan kata-kata sindiran buat pemuda yang dikenali sebagai Muhd Azfar Ikhwan Yahaya.

Malah, turut kedengaran gadis itu yang seolah-olah hampa dengan wajah sebenar Azfar yang baginya berbeza dengan apa yang dilihat di TikTok.

“Muka you banyak jerawat you tahu tak? Dalam TikTok lain.

“Masalahnya I malu tahu. I cakap dengan kawan-kawan I, you handsome.

“Tapi jumpa depan-depan macam ni je, banyak jerawat. I tak suka tahu, I malu masalahnya,” kata gadis itu kepada Azfar.

Namun, Azfar menjelaskan kepada gadis berkenaan bahawa dia menggunakan teknik suntingan gambar (filter) bagi meningkatkan keyakinan dirinya.

Walau bagaimanapun, gadis itu tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh pemuda terbabit.

Bukan Bahan Atau Kandungan Untuk Media Sosial

Memetik Harian Metro, Azfar yang bekerja sebagai juruteknik menjelaskan video berkenaan bukanlah bahan atau content (kandungan) semata-mata.

Namun, dia mahu berkongsi kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya. Malah, Azfar menjelaskan bahawa sudah tiga kali dia berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Jadi, apa yang berlaku kelmarin adalah pengalaman keempat saya (kena sindiran wajah) dan ia membuatkan saya agak serik serta takut nak berkenalan dengan gadis lain selepas ini.

“Saya akui menggunakan filter namun ada sebab iaitu nak lebih yakin dengan penampilan diri.

“Tapi tak semua orang terima dan emak saya pun dapat tahu mengenai video itu selepas rakannya berkongsi dengannya.

“Emak sedih tapi dia pesan kepada saya supaya jangan muat naik lagi video dan mengaibkan orang lain,” katanya.

Anggap Sebagai Pengajaran, Mahu Cari Pasangan Yang Lebih Sekufu

Tambah Azfar lagi, gadis tersebut ada meminta maaf kepadanya selepas video tersebut tular di media sosial. Namun permohonan itu hanya dibuat menerusi rakan lelaki Azfar.

“Dia tak menghubungi saya tetapi beritahu rakan lelaki saya untuk sampaikan kepada saya. Apa boleh saya cakap, benda sudah jadi cuma bagi saya, tak semua perkara boleh dijadikan gurauan dan bahan jenaka terutama fizikal malah itu yang paling saya tak suka.

“Kebahagiaan sebenar juga bukan bersandarkan paras rupa atau wang semata-mata tetapi akhlak dan keikhlasan hati kerana cantik atau kacak itu semuanya pinjaman Allah.

“Mungkin apa yang berlaku memberi pengajaran untuk saya juga supaya mencari bakal pasangan yang lebih sekufu,” jelasnya lagi.

@azfarzenn

Saya mintak maaf, saya post bukan nak bukak aib cuma saya terasa dengan kata kata tersebut 🙂 bukan sekali dua dah kena macam ni.

♬ original sound – AzfarZenn 🇵🇸 – AzfarZenn 🇵🇸

Terdahulu, video yang mendapat tontonan 5.8 juta itu menjadi bualan hangat netizen gara-gara sikap gadis berkenaan yang menyindir paras rupa pemuda tersebut.

Rata-rata warganet mengecam tindakan gadis berkenaan dan menasihatkan agar Azfar mencari teman wanita yang lebih baik.

Malah, ada yang turut berkongsikan pengalaman tetap hidup bahagia dengan pasangan tanpa menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama.

Berikut antara komen netizen:

Sungguh Tajam Mulut Orang Sempurna

Perempuan Manalah Kau Jumpa Ni Bang, Aku Yang Dengar Pun Geram

Suami Aku Dari Mula-Mula Kenal, Memang Muka Hauk, Jerawat Batu Ada

Teman Lelaki Aku Pun Ada Jerawat, Tapi Aku Suruh Pakai Skincare

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Pakar Kulit Ini Kongsi 8 Tips Bebaskan Diri Korang Daripada Jerawat

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Jerawat Di Muka Sebelum Majlis Berlangsung

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.