fbpx

Kena ‘Reject’ Kerana Muka Berjerawat, Pemuda Dapat ‘Date’ Dengan Hawa Rizwana [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan Hawa memberikan sejambak bunga kepada Azfar sewaktu pemuda itu sampai di hadapan kafe.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pemuda yang ditolak teman wanita disebabkan wajahnya yang berjerawat.

Difahamkan lelaki itu ditolak selepas pertemuan pertama dia bersama wanita berkenaan.

Namun apa yang lebih menggeramkan apabila wanita itu tidak hanya menolak pemuda tersebut sebaliknya turut melemparkan kata-kata sindirin kepada lelaki yang di kenali sebagai Muhd Azfar Ikhwan Yahaya.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai berang di atas kata-kata sindiran wanita terbabit.

Malah ada yang mengatakan sekiranya enggan menjadikan lelaki itu pasangan wanita tersebut perlulah memberitahu secara baik.

Baca artikel berkaitan: “I Cakap Dengan Kawan I, You Handsome” – Pemuda Ditolak Hanya Kerana Muka Berjerawat [Video]

Era FM beri peluang pemuda dating dengan Hawa Rizwana

Susulan daripada video tular itu stesen radio terkemuka, Era FM telah memberikan peluang kepada Azfar untuk dating bersama pengacara, Hawa Rizwana.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik dalam TikTok, kelihatan mereka menemukan Azfar dan Hawa dalam sesi makan malam di kafe Kueh, Selangor.

Pemuda terima sejambak bunga dari Hawa

Malah apa yang lebih menarik perhatian, sebelum acara makan malam mereka bermula Hawa turut memberikan sejambak bunga kepada Azfar.

Mereka kemudian diiring ke meja makan oleh Radin. Sebaik mereka duduk di kerusi yang dikhaskan, Namie yang juga selebriti mendendangkan lagu buat mereka.

Kelihatan Azfar seperti tersipu-sipu malu sewaktu persembahan itu dibuat di hadapannya.

@era.je

Menang besar!! Cayalah @azfarzenn ! Dapat makan candle light dinner dengan @hawarizwana la guys 😍 #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Siap tolong ambilkan makanan untuk Hawa

Dalam satu lagi video lain kelihatan Azfar begitu ‘gentleman’ apabila turut mengambilkan makanan untuk Hawa sebelum mereka menikmati makanan bersama-sama.

Azfar kemudian mengucapkan terima kasih kepada pasukan Era FM kerana mengadakan makan malam tersebut.

“Terima kasih, sebab ni pertama kali dalam hidup saya dapat macam ni. Sebak jugalah,” ujar Azfar.

@era.je

Gentleman nya @azfarzenn ni. Baik je budaknya. Siap ingatkan @hawarizwana baca doa 🤣 #sharERA #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Ramai puji Azfar tampil segak ketika makan malam bersama Hawa

Mengintai di ruangan balas, ramai mengatakan pasti selepas ini wanita yang menyindir Azfar akan mencarinya semula memandangkan pemuda itu sudah terkenal.

Malah dia juga turut dipuji oleh orang ramai apabila tampil segak bergaya pada malam itu.

“Nampak segak weh Azfar”

“Dia viral terus masuk era wei, cepat betul kan”

“Lepas ni perempuan tu cari lelaki ni balik sebab dah famous”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.