fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi Tips Sembang Bola Dengan Rakan Walaupun Tak Tengok Game [Video]

Lelaki Kongsi Tips Sembang Bola Dengan Rakan Walaupun Tak Tengok Game [Video]

Kaedah terbaik yang diberikan oleh lelaki itu adalah dengan menonton ‘highlight’ perlawanan di YouTube.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali meluangkan waktu bersama rakan-rakan seperti melepak di restoran mamak, pasti ada sahaja topik yang akan dibangkitkan dan dibincangkan.

Bagi golongan-golongan lelaki pula, antara topik yang hangat dibicarakan tentulah seperti perlawanan bola sepak atau dunia permotoran.

Bagaimanapun, daripada kesemua mereka yang sedang melepak itu, pasti akan ada seorang dua individu yang tidak memahami apa-apa namun tetap cuba untuk berbual bersama.

Lelaki kongsi tips cara sembang bola tanpa tengok game

Susulan itu, seorang lelaki berkongsi tips buat orang ramai yang bukan kaki bola namun ingin berborak bersama rakan-rakan lain yang meminati sukan tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mlstudiosmy, kaedah terbaik yang diberikan oleh lelaki itu adalah dengan menonton ‘highlight’ perlawanan di YouTube.

Baca dan hafal komen selepas tonton video highlight perlawanan

Menurut lelaki itu, setelah menonton highlight perlawanan yang hanya mengambil masa 7 atau 8 minit sahaja diikuti dengan bacaan diruangan komen video tersebut sudah cukup membantunya.

Justeru, dia mencadangkan agar orang ramai cuba memahami dan menghafal apa yang disampaikan di dalam komen dan kemudiannya gunakan komen tersebut untuk berbual bersama rakan-rakan lain.

Tonton video ulasan perlawanan di media sosial dan baca komen

Menurutnya lagi, jika ingin kelihatan lebih berilmu mengenai bola sepak, anda juga boleh menonton video-video ulasan perlawanan yang dimuat naik di media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

Sama seperti melihat highlight perlawanan, lelaki itu juga menasihati untuk membaca beberapa komen yang diberikan oleh peminat bola untuk mendapatkan idea semasa berbual bersama rakan-rakan nanti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.