fbpx
Now Reading
Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan individu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih seseorang untuk dijadikan teman hidup.

Ada yang meletakkan sikap dan keserasian sebagai kriteria utama. Namun, pada masa kini, jumlah pendapatan bulanan juga menjadi antara faktor yang dinilai dalam memilih pasangan.

Ini kerana ada segelintir individu khususnya wanita berpendapat perlunya bakal suami yang mempunyai kerjaya dan pendapatan yang stabil sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Jumlah Gaji Bulanan Berbeza Mengikut Pilihan Individu

Menerusi satu video yang tular di TikTok, kelihatan beberapa wanita disoal tentang pendapatan bulanan minimum kaum lelaki yang ingin dipilih sebagai suami.

Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @raffsimple menunjukkan beberapa wanita mempunyai pendapat masing-masing ketika ditanya soalan berkaitan gaji bulanan sekiranya seorang lelaki mahu berkahwin dengan mereka.

Rata-rata daripada mereka bersetuju gaji RM900 tidak mencukupi untuk hidup di bandar seperti Kuala Lumpur.

Ini kerana ada di antara mereka yang berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan, ada juga yang menganggap RM4,000 dan RM5,000 sudah memadai.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang wanita dalam video tersebut menyatakan bahawa calon suaminya perlu mempunyai gaji RM9,000 sebulan jika mahu berkahwin dengannya.

“Kalau lelaki nak kahwin dengan awak, dia kena gaji berapa? RM900 cukup tak?” tanya lelaki berkenaan.

“Tak tahulah, hmm RM9,000 lebih kot,” kata wanita itu.

Walau bagaimanapun, ada juga wanita yang berfikiran rasional menyatakan lelaki bergaji RM1,500 boleh dijadikan sebagai suami sekiranya dia turut bekerja selepas berkahwin.

“RM1,500 kalau isteri dan suami bekerja tidak apa, tapi kalau suami sahaja yang bekerja, minimum kena RM3,500 kot,” kata salah seorang wanita dalam video tersebut.

Pendapat Tarik Perhatian Warganet

Pendapat beberapa wanita dalam video eksperimen sosial itu nyata menarik perhatian warganet.

Kebanyakan daripada mereka berpendapat gaji bukanlah perkara utama yang dilihat asalkan individu yang dikahwini itu tahu akan tanggungjawab dalam melayari bahtera perkahwinan.

Malah, ada yang berpendapat dengan gaji RM1,500 sebulan pun, pasangan itu boleh hidup bahagia dengan cara yang tersendiri.

Namun, ada juga yang mengecam wanita yang meletakkan gaji RM9,000 dalam memilih suami kerana bagi mereka jumlah itu bukanlah pengukur kebahagiaan sebuah perkahwinan.

Pun begitu, ada yang berpendapat wanita berkenaan mungkin belum bekerja hingga keliru dengan jumlah gaji minimum yang mencukupi untuk menjalani hidup berumah tangga.

Berikut antara komen warganet:

Yang Minta RM9,000 Apa Kelebihan Dia?

Aku Rasa Yang Kata RM9,000 Tu Dia Tak Kerja Lagi Kot, Tak Tahu Realiti Alam Pekerjaan

Gaji Aku RM1,400, Isteri Aku Engineer, Yang Penting Usaha

Tak Kisah Kau Gaji Berapa Pun, Janji Tahu Tanggungjawab

Aku Bersyukur Walau Laki Tak Kaya, Gaji Cukup-Cukup Tapi Setiap Hari Dia Selalu Bahagiakan Aku

Mak Aku Bab Gaji Tak Pernah Pertikai, Asalkan Orang Tu Boleh Jaga Anak Dia

Baca Artikel Berkaitan: ‘Tangguh Dulu Hasrat Berumah Tangga Jika Gaji Bawah RM1,500’ – Pakar Ekonomi

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan Antara Punca Penceraian, Ini Enam Kesilapan Yang Biasa Dibuat Oleh Pasangan Muda

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.