fbpx
Now Reading
Ini Anggaran 7 Kos Penting Perlu Ibu Ayah Ketahui Sebelum Kehadiran Anak Pertama

Ini Anggaran 7 Kos Penting Perlu Ibu Ayah Ketahui Sebelum Kehadiran Anak Pertama

Antara anggaran kos sebelum menimang cahaya mata yang perlu dipertimbangkan adalah kos pemeriksaan kehamilan, kos melahirkan anak, kos mengasuh, dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang telah berkahwin sudah semestinya mengimpikan zuriat bagi menghiasi perkahwinan mereka.

Namun, tahukah anda, proses membesarkan anak tidak mudah dan ibu bapa perlu mengorbankan masa dan wang ringgit dalam membesarkan anak-anak.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh AIA, anggaran kos membesarkan anak di Malaysia dianggarkan antara RM400,000 ke RM1.1 juta.

Bagi pasangan yang baru berumah tangga, ini anggaran tujuh kos bermula dari fasa kehamilan hingga setahun kelahiran bayi yang patut anda tahu.

#1 Kos Pemeriksaan Kehamilan

Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu membuat pemeriksaan kehamilan bagi memastikan anda dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat.

Foto: Pexels

Anda perlu menjalani pemeriksaan ini sekurang-kurangnya sekali sebulan dan sekali bagi tempoh dua minggu sekiranya kandungan anda telah mencecah 36 minggu ke atas.

Kos untuk pemeriksaan ini boleh mencecah RM2,400 hingga RM3,000 sekiranya anda membuat pemeriksaan di hospital swasta.

#2 Kos Melahirkan Anak

Sekiranya anda memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta, maka anda perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM20,000.

Ini kerana, kos bersalin di hospital swasta terutamanya di Lembah Klang boleh mencecah sehingga belasan ribu ringgit.

Foto: Freepik

Sekiranya anda bersalin normal, maka anggaran kos adalah sebanyak RM3,000 hingga RM10,000 termasuk penginapan di hospital.

Namun, sekiranya pada ketika itu memerlukan anda untuk melahirkan secara pembedahan, kos melahirkan bermula RM6,000 ke RM15,000 khususnya bagi kes kecemasan yang memerlukan penglibatan pakar bius dan penjagaan rapi bayi selepas bersalin.

#3 Kos Penjagaan Kesihatan Bayi

Kebiasaannya, selepas proses bersalin, ibu bapa perlu membawa anak ke hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksinasi antaranya vaksinasi Campak, Beguk dan Rubella (MMR) bagi tempoh setahun.

Sekiranya anda membuat pemeriksaan kesihatan di sektor swasta, secara purata, kos yang akan ditanggung adalah anggaran RM40 hingga RM150 bagi setiap lawatan.

Maka, anggaran kos tahunan bagi pemeriksaan kesihatan dan imunisasi bayi adalah RM2,000 hingga RM2,500.

#4 Kos Mengasuh Anak

Sekiranya anda dan pasangan bekerja, sudah semestinya anda perlu mengupah pengasuh atau orang gaji untuk menjaga anak sepanjang tempoh anda bekerja.

Sekiranya anda berminat untuk mengupah pengasuh yang profesional, berdasarkan laman web Jobstreet, gaji bulanan pengasuh profesional bermula RM1,500 hingga RM2,400 sebulan.

Foto: Freepik

Oleh itu, anggaran kos tahunan bagi pengasuh profesional ini adalah dianggarkan sebanyak RM18,000 hingga RM28,000 setahun.

Namun, sekiranya anda berminat untuk mengambil orang gaji, maka anggaran kos tahunan bagi mengupah orang gaji adalah sebanyak RM27,200.

#5 Kos Makanan Bayi

Umumnya, makanan bayi lebih mahal berbanding makanan kanak-kanak biasa. Ini kerana bayi memerlukan penjagaan yang rapi dengan nutrisi yang lengkap bagi memastikan bayi membesar dengan baik dan sihat.

Sekiranya ibu merancang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, maka anggaran kos yang diperlukan adalah sekitar RM800.

Kos ini adalah termasuk dengan peralatan antaranya seperti peti simpanan susu dan juga pam susu ibu.

Namun, tidak semua ibu-ibu mampu untuk menyusukan anak. Maka, pilihan yang ada adalah dengan menyusukan bayi dengan susu formula.

Secara purata, susu formula yang dijual dipasaran dianggarkan berharga RM60 hingga RM110. Jadi, anggaran kos bagi susu formula bagi tahun pertama adalah RM2,640.

Sekiranya bayi anda telah mencecah enam bulan, anda perlu membeli makanan bayi yang sesuai dengan bayi anda.

Foto: Freepik

Secara kasarnya, kos membeli makanan bayi dianggarkan sekitar RM120 bergantung kepada bahan yang digunakan. Jadi, anggaran kos bagi setahun adalah sekitar RM720.

#6 Kos Lampin Pakai Buang

Harga lampin pakai buang yang terdapat dipasaran adalah berbeza mengikut kualiti dan kuantiti lampin tersebut.

Foto: Freepik

Lampin yang berkualiti sederhana lazimnya dijual dengan harga RM35 bagi setiap paket manakala lampin pakai buang yang berkualiti tinggi dijual dengan anggaran harga RM60. Jadi, kos lampin bagi tahun pertama secara keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM1,435

#7 Kos Barang-Barang Lain

Sebagai ibu bapa juga, anda perlu mengambil kira kos barang-barang lain seperti kereta sorong bayi, tempat duduk bayi, pakaian dan alat permainan.

Foto: Freepik

Kos ini dianggarkan boleh mencecah RM3,670 bagi tahun pertama. Namun, anda boleh berjimat dengan membeli barang terpakai atau mendapatkannya secara percuma daripada saudara-mara.

Kesimpulannya, membesarkan bayi adalah tidak semudah yang disangka. Banyak kos perbelanjaan yang diperlukan namun ia bergantung kepada pilihan anda.

Anda boleh memilih untuk berjimat dengan merancang perbelanjaan dan melakukan perbandingan harga di pasaran sebelum membuat keputusan.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.