fbpx
Now Reading
KFC Anjur Festival Muzik KEPCI 2023 Sempena Ulangtahun ke-50

KFC Anjur Festival Muzik KEPCI 2023 Sempena Ulangtahun ke-50

Festival Muzik KEPCI 2023 membariskan bakat tempatan dan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Amy Search, Siti Nurhaliza, Ella, Misha Omar dan ramai lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sempena ulang tahun ke-50, rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara – KFC Malaysia hari ini (11Julai) mengumumkan penganjuran festival muzik dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.

Festival Muzik KEPCI 2023 atau KEPCI Music Fest akan diadakan sebanyak tiga kali iaitu di :

  • Stadium Melawati, Shah Alam – 26 Ogos 2023
  • Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah – 6 Oktober 2023
  • Stadium Larkin, Johor – 21 Oktober 2023.

Penganjuran festival muzik ini menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap individu, tanpa mengira lapisan umur dan latar belakang yang telah menjadikan KFC sebagai teman hidangan mereka selama lebih lima dekad.

Janjikan pelbagai acara menarik & persembahan artikel terkenal

Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang hari, termasuk permainan dan persembahan kebudayaan, serta kemuncaknya konsert yang menjanjikan persembahan muzik yang hebat.

Festival Muzik KEPCI 2023 membariskan bakat tempatan dan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti:

  • Amy Search
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza
  • Ella, Misha Omar
  • Bunkface, Bunga
  • COEX
  • DOLLA
  • Dalia Farhana
  • Estranged
  • Evelyn Feroza
  • Forceparkbois
  • Insomniacks
  • Luqman Podolski
  • Masdo, MK (K-Clique)
  • SOG
  • Yonnyboii dan ramai lagi.

Menurut Pengerusi QSR Brands Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Festival Muzik KEPCI 2023 dianjurkan sempena meraikan hubungan istimewa antara Malaysia, KFC dan semua pelanggannya.

“KFC telah berkembang maju bersama seluruh rakyat Malaysia dan kami sememangnya amat berbangga menjadi sebahagian daripada budaya yang menyatupadukan rakyat Malaysia. Kami sedar bahawa KFC sangat dekat di jiwa dan minda rakyat Malaysia sebagai satu jenama yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dari kecil lagi dan memilih untuk terus menikmatinya sehingga kini.”

Pengerusi QSR Brands Tan Sri Jamaludin Ibrahim

Mula bertapak di Jalan TAR, KL pada 1973

KFC membuka restoran pertamanya di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu, bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada tahun 1973.

Jenama itu kemudiannya menjadi amat terkenal dan bertapak kukuh, malah dianggap sebagai  tempat makan kegemaran rakyat Malaysia. Sejak itu, KFC telah berkembang kepada lebih daripada 770 restoran di seluruh negara, dan menawarkan peluang pekerjaan kepada ribuan orang setiap tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna berkata, “Hari ini, kita meraikan memori 50 tahun yang penuh bersejarah – dari mencipta ruang pekerjaan, menikmati detik-detik yang diidamkan, membina kenangan istimewa sehinggalah meraikan kebahagiaan.

“Dengan itu, kami ingin menunjukkan rasa terima kasih kami kepada wira sebenar KFC, iaitu pelanggan kami. Merekalah yang membuka peluang untuk kami menjadi begitu dekat di hati mereka dan menjadikan KFC lebih hebat seperti hari ini. Jadi, sambutan ini khas untuk mereka dan negara, membuktikan nilai unik kita bersama Malaysia iaitu persahabatan, perpaduan dan kepelbagaian,” tambahnya.

Untuk menyaksikan sendiri kemeriahan Festival Muzik KEPCI 2023, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana Set Kombo Festival Muzik KEPCI daripada restoran KFC atau melalui laman web atau aplikasi KFC dan lampirkan resit belian di www.kepcimusicfest.com.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai Festival Muzik KEPCI 2023, sila layari laman web rasmi KMF di sini atau layari laman Facebook KFC Malaysia di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.