fbpx
Now Reading
Selepas Di Kritik Kerana Mic Tokti di AJL34, TV3 Keluarkan Video Baru Dengan Vokal Penuh Siti Nurhaliza [Video]

Selepas Di Kritik Kerana Mic Tokti di AJL34, TV3 Keluarkan Video Baru Dengan Vokal Penuh Siti Nurhaliza [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh media sosial apabila Penyanyi No 1 Negara, Dato Seri Siti Nurhaliza muncul dipertengahan persembahan Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob Yusof selepas membuat keputusan untuk tidak bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) 13 tahun lalu.

Namun keterujaan peminat tidak lama apabila mikrofon yang diguna oleh penyanyi kesayangan ramai itu seakan tidak berfungsi di kaca TV dan Internet sewaktu dia memulakan nyanyian.

Ini menimbulkan rasa tidak hati ramai peminat dan orang dan ramai yang menonton secara langsung di TV dan siaran digital memandangkan segalanya berfungsi dengan baik pada sistem FOH ( Front of House) di Axiata Arena Bukit Jalil

Siti dan Bob sewaktu persembahan Anta Permana di AJL 34 Foto: Berita Harian

Baca artikel berkaitan : Tak puas hati , peminat kecewa mic Tokti tak berfungsi

Rozi Abdul Razak, pengurus Siti turut menyatakan rasa kecewanya namun mengambil pendirian positif dengan mengharapkan kejadian sebegini tidak akan lagi berulang.

“Benda dah jadi tak boleh buat apa. Saya tahu ramai yang kecewa dan marah. Saya harap untuk program siaran langsung yang lain akan lebih berhati-hati selepas ini.
 
“Saya pun kecewa sebenarnya tapi takpalah saya positif saja,” katanya lagi di Saluran Youtube Siti Official

Terbaru, pihak TV3 bertindak menukar video sewaktu persembahan Anta Permana di AJL34 yang didapati bermasalah dengan satu klip baru di saluran Youtube.

Tindakan pantas mereka meredakan kekecewaan peminat Tokti, namun ramai yang menasihatkan pihak penganjur agar lebih berhati-hati agar kesilapan ini tidak berulang lagi.

Tonton video penuh tanpa masalah mikrofon dibawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.