fbpx
Now Reading
Baru Tersingkir Dari Big Stage, Iqbal Sudah Dapat Tawaran Berlakon Pula

Baru Tersingkir Dari Big Stage, Iqbal Sudah Dapat Tawaran Berlakon Pula

Menurut Iqbal, dia disunting pengarah terkenal, Erma Fatima untuk membintangi sebuah drama bersiri 30 episod.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli sudah pun tersingkir dari program nyanyian Big Stage 2022 selepas dua minggu berturut-turut menerima markah terendah.

Disifatkan tidak layak dan hanya menjatuhkan standard program berkenaan, Iqbal yang teruk dikecam bagaimanapun dilihat tenang malah santai mengemaskini status media sosialnya seolah-olah reda dengan apa sahaja keadaan yang berlaku.

Baca artikel berkaitan : “Bakat Tak Boleh Dibeli Dengan Duit” – Tersingkir Dari Big Stage 2022, Ajai Beri Teguran Pada Iqbal

Terbaharu, Iqbal sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia dikhabarkan bakal mengembangkan kareer seninya dalam dunia lakonan pula.

Menerusi laporan Kosmo, Iqbal memaklumkan yang dia sudah disunting pengarah terkenal, Erma Fatima untuk sebuah drama bersiri 30 episod.

Apa yang lebih mengujakan Iqbal apabila dia bakal bergandingan dengan bintang popular Zul Ariffin dan Mimi Lana.

“Alhamdulillah, saya ditawarkan membintangi sebuah drama 30 episod daripada Erma ketika masih berada di Indonesia lagi. Watak saya bukan hero tetapi karakter yang akan menghiburkan ramai.

“Erma sendiri yang tawarkan watak kepada saya. Insya-Allah penggambaran akan bermula pada 16 Februari depan. Gementar tetapi teruja untuk berlakon dengan barisan pelakon yang hebat,” katanya kepada Kosmo.

Bukan tamak, hanya ingin mencuba

Menurut Iqbal, dia bukanlah seorang yang tamak apabila terus mengambil apa sahaja peluang yang ditawarkan sebaliknya dia hanya ingin mencuba sesuatu yang baru.

Malah dia merasakan dia mampu untuk menyerlah dalam dunia lakonan berbanding menjadi seorang penyanyi.

“Ada juga terfikir hal tersebut tetapi saya hanya tekankan, jika belum mencuba, kita tidak akan tahu kemampuan diri sendiri.

“Jika hendak bandingkan karier sebagai penyanyi dan pelakon, rasa-rasanya saya lebih ke arah dunia lakonan. Insya-Allah akan berikan yang terbaik sekali gus tidak akan mensia-siakan peluang yang ditawar kak Erma.

“Ketika usia muda inilah saya patut cuba pelbagai bidang. Manalah tahu rezeki saya lebih mencurah sebagai pelakon,” ujarnya lagi.

Maruah tak jatuh bila masuk Big Stage

Dia dalam masa sama turut menafikan dakwaan orang ramai bahawa dia hanya menjatuhkan maruahnya dengan menyertai Big Stage tempoh hari.

Ini kerana menurutnya istilah menjatuhkan maruah hanya sesuai dikaitkan dengan tindakan yang lebih mengaibkan seperti menjual badan.

“Saya tidak rasa telah menjatuhkan maruah sendiri selepas menyertai BS4. Saya bukannya menjual badan. Saya rasa lebih bermaruah untuk terus berjuang dan tidak patah semangat.

“Saya tetap akan menyanyi dan keluarkan lagu selepas ini selain tidak akan berhenti daripada mengikuti kelas vokal,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.