fbpx
Now Reading
Panas Isu Model Tidak Dibayar, Pengasas KLFW, Andrew Tan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan
Andrew Tan tampil beri penjelasan

Panas Isu Model Tidak Dibayar, Pengasas KLFW, Andrew Tan Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Menurut Andrew Tan, bayaran untuk model yang terlibat dengan KLFW2022 akan dikeluarkan tepat pada masanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, tular satu video yang memaparkan aksi model dan pelakon, Alicia Amin membuat protes di acara di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur.

Menurut Alicia, protes itu bertujuan untuk mendesak pihak penganjur agar menjelaskan dakwaan isu pembayaran yang belum diselesaikan kepada model yang terlibat dalam acara tersebut.

Bayaran akan dikeluarkan tepat pada masanya

Berikutan dengan itu, pihak penganjur KLFW iaitu Andrew Tan berkata bayaran bagi model yang terlibat dengan KLFW2022 akan dikeluarkan tepat pada masanya.

“Pembayaran kepada model untuk KLFW 2022 akan dikeluarkan tepat pada masanya, seperti yang dirancang beberapa bulan sebelum protes Alicia berlaku. Pembayaran sebelumnya telah dikendalikan dan saya akan menyelia kewangan sendiri,” ulas Andrew.

Andrew berkata, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan sebelum ini, dia sendiri akan menyelia semua aspek kewangan.

Jelasnya, pembayaran akan dibuat sepenuhnya kepada Pengarah Model Casting terlebih dahulu untuk Fashion Week dan semua model dibayar selepas mereka selesai melakukan tugas mereka pada hari itu.

Semua orang mempunyai kebebasan untuk bersuara

Sementara itu, Andrew berkata setiap orang mempunyai kebebasan untuk bersuara, Malaysia membenarkan perkara itu dan dia amat berterima kasih dengan hal berkenaan.

Kata usahawan itu lagi, jika terlalu banyak masa dihabiskan di media sosial ia boleh membawa kepada buli siber, kebimbangan sosial, kemurungan, ‘cancel culture’ serta lebih banyak penyakit sosial.

KLFW ada peranan yang lebih besar untuk industri fesyen di Malaysia

Tambahnya, KLFW mempunyai peranan yang lebih besar untuk industri fesyen Malaysia. Tahun ke-10 baru sahaja bermula, dan mereka mempunyai banyak lagi perkara yang mahu dimajukan dari segi ekosistem fesyen untuk industri.

“Saya mulakan KL Fashion Week dengan tiada apa-apa. Ini adalah visi saya untuk mengharumkan nama pereka negara kita dan saya amat teruja melihat mereka berkembang dan maju.

“Seperti yang telah saya nyatakan dalam pelancaran media terakhir saya apabila kami merancang untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur pertama, kami mempunyai pelan tindakan yang telah ditetapkan.

“Kami menetapkan 3 parameter, pertama ialah mewujudkan minat luar biasa dalam fesyen Malaysia, kedua adalah untuk memberi kesedaran kepada koleksi Ready-to-Wear sebagai tambahan kepada model perniagaan untuk ukuran pereka dan ketiga untuk mencari jalan melalui rangkaian dan perkongsian pengetahuan untuk mengekalkan daya maju bagi industri fesyen Malaysia,” kata Andrew.

Maklumkan KLFW dah capai 3 paremeter yang ditetapkan

Katanya lagi, dia juga bangga untuk menyatakan bahawa Kuala Lumpur Fashion Week sudah mencapai kesemua parameter yang ditetapkan itu dan dengan tahun 2022 menjadikan tahun ke-10 ini sudah sedekad kerja keras untuk merealisasikan objektif tersebut.

“Akan sentiasa ada ombak yang mungkin akan membuatkan anda tersasar dan itu adalah sebahagian daripada perjalanan yang kita tidak pernah mengalihkan pandangan dari destinasi.”

Terdahulu, menerusi temubual bersama dengan Malaysiakini Alicia Amin turut memaklumkan bahawa sudah ada beberapa model yang menerima bayaran bagi acara itu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.