fbpx
Now Reading
Tunai Umrah Bersama, Rossa Sera Perjelas Keputusan Mahkamah Hanya Diketahui Selepas Pulang
Shuk Sahar dan Rossa Sera tunai umrah bersama

Tunai Umrah Bersama, Rossa Sera Perjelas Keputusan Mahkamah Hanya Diketahui Selepas Pulang

Jelas Sera keputusan mahkamah hanya akan diketahui apabila mereka pulang dari menunaikan umrah dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagian mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini isteri kepada pengacara dan pelawak terkenal, Rossa Sera memberikan gambaran bahawa perkahwinan yang dibina bersama suami Shuk Sahar seperti berada di penghujung.

Malah dia yang mesra dipanggil Sera turut memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November yang lalu apabila mendakwa selebriti itu curang.

Namun baru-baru ini, pasangan itu menjadi perhatian apabila berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama-sama untuk menunaikan umrah.

Shuk dalam video yang dimuat naik di Instagram turut menzahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah itu dan berdoa agar umrah yang ditunaikan bersama isteri mendapat umrah yang mambrur.

Baca artikel berkaitan: Enggan Terus Bersengketa, Namun Rossa Sera Beri Gambaran Hubungan Dengan Shuk Hampir Di Penghujung

Shuk ajak tunai umrah, ajakan umpama permulaan baru

Terbaharu, Sera turut menyatakan suaminya itu yang mengajak untuk menunaikan umrah.

Memetik laporan Berita Harian, ujar Sera ajakan itu seolah-olah permulaan baru buat mereka selepas berdepan dengan kemelut rumah tangga pada sebelum ini.

“Ia umpama titik permulaan baharu buat kehidupan kami.

“Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan turut bersama. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya,” jelas Sera.

Minta orang ramai doakan, bersama atau tidak hanya diketuhui apabila pulang

Jelasnya lagi, keputusan sama ada masih bersama atau sebaliknya hanya diketahui apabila pulang.

“Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.

“Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaaannya.

“Jadi saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.

“Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk.

“Jadi, sekiranya apa sahaja berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak,” ujarnya.

Untuk rekod, pasangan ini sudah berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan berusia enam dan tiga tahun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.