
“Benda Basic Kot” – Isteri Menangis Lihat Suami Asyik Ulang Kesalahan Sama, Buat Ramai Geram [Video]
Apa yang membuatkan ramai geram adalah sikap suami yang dilihat hanya tersenyum serta tersengih dan menyatakan bahawa dia sememangnya mahu melakukan apa yang telah disuruh oleh isterinya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila menyebut mengenai kehidupan berumah tangga, kebanyakan individu lazimnya akan mengaitkan kasih sayang dan cinta dalam melayari bahtera tersebut.
Namun, itu sahaja tidak cukup. Masih ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira bagi memastikan rumah tangga kekal dalam keadaan harmoni dan bahagia.
Antaranya adalah seperti sikap percaya, saling memahami, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain.
Jika tiada ciri-ciri ini dan hanya bersandarkan kepada cinta semata-mata, pasti lambat laun, rumah tangga yang dibina akan goyah.
Isteri Menangis Lihat Suami Asyik Ulang Kesalahan Yang Sama Setelah Kahwin Hampir 4 Tahun
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia @bundaule, kelihatan dia menangis disebabkan sikap suaminya yang kerap tidak menutup dan menyimpan semula ubat gigi yang telah digunakan di tempat sepatutnya.
Malah, lelaki itu turut dilihat tidak memasukkan seluar yang telah dipakai ke dalam bakul pakaian kotor yang telah disediakan.
Apa yang membuatkan ramai geram adalah suaminya yang dilihat hanya tersenyum serta tersengih dan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah berniat untuk melakukan apa yang telah disuruh oleh isterinya itu.
“Aku dah penat sayang, dah berapa kali aku bagitahu kepada kamu, kitakan dah nikah selama empat tahun,” kata wanita berkenaan kepada si suami.
Namun, lelaki itu hanya kelihatan tersenyum dan dilihat seolah-olah tidak serius apabila ditegur oleh isterinya.
Benda basic macam ni pun,
— ًِ (@bckupacc99) October 22, 2023
hari2 isteri nak tegur dia pun boleh burn out 😌 pic.twitter.com/OMuDodVWrR
Ramai Netizen Bengang Dengan Sikap Lelaki Berkenaan
Video yang turut dikongsikan di media sosial Twitter (X) itu nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata daripada mereka geram dan tidak puas hati dengan respon yang diberikan oleh si suami kepada isterinya itu.
Malah, ada yang menganggap wanita berkenaan telah melepasi tahap maksimum kesabarannya atau ‘burn out’ kerana dia yang kelihatan menangis disebabkan tidak tahan dengan sikap pasangannya itu.
Ada juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa sikap sambil lewa lelaki berkenaan boleh menjadi punca penceraian berdasarkan pengalaman yang pernah dialami.
@bundaule seumur hidup 😭
♬ original sound – BundaUle – BundaUle
Namun, menerusi semakan kami di TikTok menemui satu lagi video di mana suaminya dilihat rajin melakukan kerja rumah antaranya membuang sampah, meletakkan baju kotor dalam beg laundry dan macam-macam lagi.
@bundaule semoga bisa konsisten ya 😭🥹
♬ original sound – BundaUle – BundaUle
Pun begitu, tidak mustahil apa yang dikongsikan hanyalah sekadar content semata-mata demi mempromosikan produk kerana video seterusnya turut menyelitkan produk emas yang kononnya dijadikan hadiah kepada si suami atas kerajinannya.
Berikut merupakan antara komen yang diberikan netizen di Twitter (X):
Kebersihan, Reti Urus Diri Sendiri Ni Benda Asas Semua, Jantina Kena Tahu

Benci Pulak Tengok Laki Dia Dok Ketawa, Bini Kau Dah Nangis, Penat Dengan Perangai Kau

Nampak Macam Kecil, Tapi Benda-Benda Macam Ni Kalau Selalu Hadap, Boleh Jadi Punca Cerai- Berai

Benda-Benda Macam Nampak Remeh Macam Ni, Boleh Buat Cerai, Jangan Buat Main

Benda Basic Macam Ni Pun Tak Boleh Kemas, Siap tersengih-Sengih

Baca Artikel Berkaitan: Kecil Hati Dengan Suami, Wanita Jalan Kaki Dua Jam Sambil Dukung Anak Kecil Balik Rumah Emak
Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Penat Layan ‘Drama’ Merajuk Tepi Jalan, Lelaki Nekad Angkut Pasangannya Naik Atas Motor [Video]