fbpx
Now Reading
Makan Karipap Guna Sarung Tangan Plastik, Jep Sepahtu Dedah Ada OCD [Video]

Makan Karipap Guna Sarung Tangan Plastik, Jep Sepahtu Dedah Ada OCD [Video]

Hairan dengan perbuatan pelawak terkenal itu, Linda merakam dan bertanyakan sebab Jep menggunakan sarung tangan ketika makan karipap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu, pasti anda akan terbayang sikap pelawak terkenal ini. Tingkah lakunya yang bersahaja dan merendah diri nyata menyebabkan Jep masih kekal bertahan dalam industri dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, tidak ramai antara kita yang mengetahui rahsia mengenai diri penyampai radio Sinar FM ini.

Makan Karipap Guna Sarung Tangan, Jep Akui Hidap Kecelaruan Obsesif Impulsif (OCD)

Menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok @LindaOnn, bekas penyampai radio wanita itu merakam tindakan Jep yang dilihat makan karipap menggunakan sarung tangan.

Hairan dengan perbuatan pelawak terkenal itu, Linda yang sedang merakam kemudian bertanyakan sebab Jep menggunakan sarung tangan.

“Tangan tu makan karipap, kenapa pakai sarung tangan? Tak pernah tengok orang makan karipap guna sarung tangan,” tanya Linda.

Segan dengan persoalan yang diajukan, Jep akhirnya membuat pengakuan di hadapan kamera bahawa dirinya menghidap OCD.

“Saya OCD,” akui Jep sambil tersenyum.

Malah, menerusi video yang mendapat lebih dua juta tontonan itu turut menunjukkan Jep sentiasa membawa sekotak sarung tangan plastik untuk digunakan olehnya.

“Tak ramai tahu yang Jep Sepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tahu.

“Lepas korek-korek cerita daripada Jep, rupanya macam-macam yang Jep kena hadap, sabar ye Jep,” tulis Linda di ruang kapsyen.

@lindaonn

Tak ramai tau yang @jeptapansepahtu ada OCD kan? Linda pun baru tau 😅. Lepas korek2 cerita daripada Jep, rupanya macam2 yang Jep kena hadap.. Sabar ye Jep… Thank u Jep sudi terangkan.. #ocd #friends #currypuff #eat #clean #fyp #tiktok #tiktokvideo

♬ HAD ME LIKE [CLEAN] – Lem Thyret

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keadaan yang dihadapi oleh pelawak terkenal itu. Malah, ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama menghidap OCD.

Jep OCD Sejak Covid Hari Tu Sebab Dekat Rumah Ada Anak Kecil

Penat Tahu Kalau Ada Penyakit OCD Ni, Semua Nak Ulang-Ulang Buat

Apa Itu OCD?

Untuk info, OCD merupakan sejenis gangguan di mana pesakit mengalami pemikiran yang kerap berulang (obsesif) tentang sesuatu perkara, diikuti dengan tindakan yang tidak boleh dikawal (kompulsif) oleh mereka.

Gangguan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu obsesif dan kompulsif atau paksaan.

Antara tingkah laku yang menyebabkan obsesif adalah seperti takut kepada kuman, obses untuk pastikan setiap perkara selari dan tersusun rapi serta pemikiran agresif terhadap orang lain atau diri sendiri.

Manakala OCD yang disebabkan oleh kompulsif pula merujuk kepada perbuatan antaranya seperti membersih atau basuh tangan secara berlebihan, melakukan pemeriksaan banyak kali contohnya jika pintu sudah dikunci dan menyusun barang dalam keadaan susunan tertentu atau sangat spesisifik.

Buat individu yang mengalami OCD atau mempunyai sebarang gejala, anda disarankan untuk mendapat rawatan di Klinik Psikiatri melalui rujukan doktor di klinik kesihatan atau swasta.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.