fbpx
Now Reading
DBKL Tarik Lesen Crackhouse, Pemilik Disenarai Hitam Dari Daftar Niaga Selamanya

DBKL Tarik Lesen Crackhouse, Pemilik Disenarai Hitam Dari Daftar Niaga Selamanya

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, pemilik kelab sudah tidak dibenarkan mendaftar sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftar lesen perniagaan di mana-mana premis sekitar Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi terbabit berkuat kuasa pada 30 Julai lalu.

Senarai hitam pemilik kelab selama-lamanya

“Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya pada sidang media, semalam (16 Ogos).

Jalaluddin berkata, pihak DBKL juga sedang memantau beberapa kelab lain yang disyaki terbabit dengan aktiviti seumpama itu di sekitar ibu negara.

Menurutnya lagi, sebarang lesen hiburan yang dikemukakan dan dikeluarkan kepada setiap premis mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Bagi pihak yang melanggar syarat pelesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas. Pada masa sama, tindakan pemantauan serta pemeriksaan akan dilakukan secara berkala oleh DBKL kerana kita tidak mahu ada yang terlepas daripada tindakan kami.”

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias

Crackhouse tiada lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017

Pada bulan lalu, media melaporkan Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang digantung sementara operasi perniagaan didapati tidak memiliki lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Menurut Jalaluddin, pemilik kelab itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras sahaja tetapi tiada lesen hiburan.

Baca artikel berkaitan: Kelab Komedi Yang Digantung Sementara Oleh DBKL Rupanya Tiada Lesen Hiburan

Pemilik Crackhouse pernah ditahan polis

Terdahulu, BuzzKini melaporkan pengasas bersama kelab berunsur komedi, Crackhouse Comedy Club iaitu Rizal Van Geyzel dilaporkan telah ditahan polis berhubung tiga video yang tular di media sosial pada 14 Julai lalu.

Beberapa pertubuhan badan kerajaan (NGO) telah bertindak membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap Crackhouse dan Rizal untuk menyiasat sama ada terdapat unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Johor Bahru telah membuat satu laporan polis terhadap Rizal yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap agama Islam dan Melayu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.