fbpx
saman sebab tak pamer roadtax pada kenderaan

Anggota Peronda Polis Disiasat Selepas Keluarkan Saman Pada Pemandu Yang Tidak Pamerkan ‘Roadtax’

Menurut PDRM, saman tersebut dikeluarkan kepada pengguna jalan raya berkenaan pada 16 April lalu atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial dibuat oleh seorang individu memaklumkan kenderaan yang dibawanya telah disaman oleh pihak peronda polis.

Menurut individu berkenaan, saman yang dikeluarkan oleh anggota berkenaan adalah disebabkan kenderaan terbabit tidak mempamerkan cukai jalan atau roadtax.

Polis buat siasatan dalaman terhadap anggota peronda keluarkan saman

Susulan tularnya saman tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan dalaman kepada anggota peronda berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menyatakan pihaknya telah mengesan satu hantaran di Facebook menggunakan akaun ‘Faiz Sulaiman yang berkongsi mengenai sehelai saman Pol.257 yang dikeluarkan kepadanya.

“Semakan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mendapati, saman berkenaan telah dikeluarkan oleh polis peronda pada 16 April atas kesalahan gagal mempamer cukai jalan di jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Petaling Jaya,” katanya.

Polis keluar arahan jangan saman kenderaan tak pamer cukai jalan

Jelas Fakhrudin, arahan terhadap petugas di lapangan tersebut turut dikeluarkan agar tidak mengeluarkan saman berkaitan kesalahan itu seperti yang arahan yang di keluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Jalan pada 10 Februari lalu.

“Siasatan dalam akan dibuat ke atas anggota terlibat di atas kecuaian yang dilakukan. Pihak kami juga telah membuat pembatalan ke atas saman tersebut.

Untuk makluman pada 10 Februari yang lalu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah memaklumkan Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan tidak akan dikuatkuasakan lagi.

Ini bermaksud setiap pemilik kenderaan tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan raya sebaliknya ia hanya boleh ditunjukkan menerusi LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) yang boleh diakses menerusi portal rasmi JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.