fbpx

Bangunan KWSP Di PJ Terbakar Lagi, Tiada Mangsa Terlibat [Video]

Menurut bomba, kebakaran di bangunan lama KWSP itu kemudiannya berjaya dikawal oleh anggota bomba pada jam 11.08 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya dilaporkan terbakar lagi pada pada hari ini sekitar jam 10 pagi.

Kebakaran di bangunan ini merupakan insiden kedua selepas kali pertama ianya berlaku pada tahun 2018 yang lalu. Namun sejak insiden tersebut, bangunan ini tidak lagi digunakan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kebakaran melibatkan bangunan KWSP di tingkat 4 dan tingkat 5.

Sebaik menerima laporan pada jam 10.39 pagi, BPM Selangor telah menghantar anggota dari beberapa Balai Bomba & Penyelamat (BBP) seperti BBP Seksyen 7, Serdang, Penchala, Puchong, Damansara, Pantai Dalam dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dipadam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat

Kebakaran kemudiannya berjaya dikawal oleh anggota bomba pada jam 11.08 pagi. Menurut kenyataan sama, tiada mangsa yang terlibat dilaporkan.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan ketua balai berada di lokasi,” kata JPBM dalam kenyataan.

Terdahulu tular di media sosial beberapa video yang memperlihatkan api menjilat bahagian depan bangunan itu.

Kejadian berlaku tidak sampai beberapa hari selepas pusat beli belah Mid Valley Megamall terbakar dipercayai berpunca daripada bilik pencawang.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.